Jumlah Kematian Rusuhan Rwanda Meningkat 11 Orang
KIGALI (RWANDA) – Jumlah kematian akibat rusuhan semasa penyerahan bantuan makanan meningkat kepada 11 orang, semalam.
Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa itu terbunuh dalam pertempuran di dua lokasi berbeza.
Polis sebelum ini melaporkan bahawa lima pelarian Congo maut manakala lebih 20 lagi cedera dalam rusuhan Khamis lalu.
Pegawai Hubungan Luar UNHCR, Daniela Ionita berkata, tragedi itu sebenarnya boleh dielakkan dan kekerasan digunakan ke atas pelarian berkenaan adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.
“UNHCR menggesa pihak berkuasa menghentikan kekerasan ke atas golongan ini dan menyiasat dengan terperinci tragedi terbabit.
“Kami amat terkesan dan terkejut dengan kematian semua pelarian berkenaan,” katanya.
Antara mangsa yang cedera termasuk anggota polis dan petugas UNHCR sendiri. – AFP/BH ONLINE
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F4y1II
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment