Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apakah Bentuk Malaysia Seandainya Pakatan Harapan Memerintah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apakah Bentuk Malaysia Seandainya Pakatan Harapan Memerintah?



Bagi kalangan penyokong kerajaan, usaha telah digerakkan beberapa tahun yang lalu untuk memastikan Barisan Nasional mengekalkan tampuk kuasa yang dipegang sejak 1955. Dipihak penyokong pembangkang pula, mereka akan memanipulasi apa jua isu yang boleh memberi keuntungan kepada mereka.

Usaha mereka lakukan samada di dalam media sosial mahupun secara realiti dan antara topik dan isu yang cukup digemari oleh para penyokong pembangkang ini adalah Malaysia bakal muflis, 1MDB, Datuk Seri Mohd Najib telah mencuri duit rakyat dan beberapa isu lagi yang sentiasa diulang-ulang bagi meyakinkan rakyat.

Melihat akan kesemua usaha pihak pembangkang ini, timbul persoalan, apakah bentuk negara Malaysia jika mereka berjaya membentuk kerajaan kelak? Adakah Malaysia masih kekal sama seperti yang kita lihat hari ini atau mungkin akan timbul pergolakan dalaman sehingga menyaksikan ketegangan wujud di bumi bertuah ini?

Bagi kalangan penyokong pembangkang, mereka kerap kali mengwar-warkan, berilah peluang kepada Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Seandainya Pakatan Harapan membawa negara kelembah kehancuran, pada Pilihan Raya Umum ke 15 kelak, rakyat diseru untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dan menggantikan semula dengan Barisan Nasional.

Bunyinya mungkin lunak didengari namun, jika kita lihat keempat-empat parti yang menganggotai Pakatan Harapan hari ini, kesemua mereka mempunyai masalah dalaman sendiri. Malah, sikap tidak mempercayai antara satu sama lain masih kekal menebal termasuklah saling mempergunakan antara satu sama lain.

Lebih teruk lagi, tidak ada walau satu pun jaminan yang Ketuanan Melayu termasuk Institusi Beraja negara akan dipertahankan oleh mereka. Lebih mengharukan, kesemua mereka mempunyai latar belakang yang cukup merbahaya kepada ekonomi negara. Lihat sahaja deretan skandal yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan skandal RM 32 bilion Forex yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir.

Kesemua itu pasti akan menyebabkan negara terjerumus ke kancah ketidak stabilan samada dari segi komposisi kaum, ekonomi mahupun kebebasan beragama. Paling utama adalah, mereka sendiri tidak pernah berjaya membentuk sebuah kerajaan pusat yang mentadbir 14 buah negeri. Adakah kelompok ini wajar diberikan peluang untuk mentadbir negara?

Untuk memperjudikan nasib negara untuk lima tahun yang akan datang, bukanlah satu tindakan yang bijak. Begitu banyak kita pertaruhkan hanya semata-mata mahu memberi peluang mereka yang begitu kemarukkan kuasa ini merampas kuasa dari tangan Barisan Nasional.

Benar, tiada sebuah kerajaan pun di dunia ini sempurna termasuklah kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri. Namun, apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sudah hampir sempurna dengan keutamaan diberikan kepada rakyat, bukannya memberikan kekayaan kepada kroni atau mereka yang rapat dengan individu-individu tertentu.

Ingin ditanyakan kepada semua. Adakah kita rela meletakkan masa depan yang tidak menentu kepada anak dan cucu kita? Adakah kita rela melihat kemakmuran yang dikecapi negara ini hancur begitu sahaja disebabkan kemaruk kuasa oleh sesetengah individu? Apakah bentuk negara yang kita mahu bentuk? Semuanya terletak ditangan rakyat dan BN sentiasa memastikan apa yang di janji, ditunaikan.

*Artikel ini diterbitkan pada 1 Mac 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fr1dNP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.