Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Cabar Kit Siang Pertahankan Parlimen Gelang Patah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Cabar Kit Siang Pertahankan Parlimen Gelang Patah





UMNO Bahagian Gelang Patah mencabar ahli Parlimen kawasan itu, Lim Kit Siang untuk terus mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



Ketuanya, Mohammad Khairi A. Malik turut mengalu-alukan calon DAP lain untuk bertanding di kawasan berkenaan dan langkah itu tidak akan melemahkan semangat Barisan Nasional (BN).



“Saya dengar ada nama lain iaitu Zahid Ibrahim (ahli DAP) mahu bertanding di Gelang Patah. Kita alu-alukan sesiapa pun calon DAP kerana kita yakin boleh menang.



“Ini kerana Kita sudah buat kajian dan ada strategi tertentu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan Rumah Ihsan Johor di Kampung Pok Besar semalam.



Pihaknya tidak bimbang jika Kit Siang kembali bertanding di sini kerana sepanjang lima tahun menjadi wakil rakyat, Penasihat DAP itu langsung tidak membantu penduduk setempat.



Katanya, Kit Siang banyak memberi tumpuan di luar kawasannya dan kali ini pengundi Melayu, Cina serta India di sini sudah sedar siapa yang harus mewakili mereka.



“Sebagai ahli Parlimen sepatutnya beliau boleh mengangkat pelbagai isu yang membawa kebaikan kepada penduduk dan pengundi dalam sidang Parlimen.



“Namun kita tidak pernah dengar beliau menyebut nama Gelang Patah. Apa kerja yang dia buat di kawasan kita? Takkan pengundi di Gelang Patah nak beri lagi untuk wakili kita?” soalnya.



Pengerusi BN Gelang Patah itu berkata, pihaknya juga mahu menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai dan gerak kerjanya sudah ada untuk merampas semula.



“Kita mahu rampas Parlimen Gelang Patah semula, menawan DUN Skudai dan pertahankan DUN Nusajaya yang kita menang. Rampas, tawan dan pertahan (RTP) adalah slogan kita," katanya. - UTUSAN ONLINE





✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oOIdhG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.