Gajah 'Cari Makan' Di Kantin
PELAJAR dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid, di sini, gempar apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor gajah yang masuk ke dalam kantin asrama. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi tadi, seekor gajah masuk ke kawasan sekolah berkenaan sebelum berkeliaran di kantin asrama.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan, berkata tiada individu dilaporkan cedera susulan kejadian itu dan anggota polis turut dihantar ke lokasi itu untuk membuat pemantauan serta membantu pihak sekolah.
"Berdasarkan laporan, kejadian gajah masuk ke kawasan asrama itu sudah beberapa kali." katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Semalam NSTP melaporkan, kegusaran berkaitan konflik gajah dengan manusia di kawasan Telupid, semakin menjadi-jadi apabila Balai Polis Telupid, turut 'diserang' sekumpulan haiwan liar berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi kelmarin, sebanyak 10 gajah masuk ke dalam kawasan balai selepas merosakkan pagar. Sebelum ini, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, setakat ini lima gajah termasuk seekor anak gajah sudah ditangkap, dengan satu daripadanya iaitu gajah betina sudah dipindahkan ke Hutan Simpan Imbak, Isnin lalu.
Dua daripada lima gajah Pygmy Borneo yang ditangkap selepas menceroboh beberapa perkampungan di sini sejak lebih sebulan lalu juga sudah dipasang kolar satelit. Dua gajah masing-masing betina dan jantan itu adalah daripada lebih 20 gajah yang dikesan berkeliaran di sekitar enam lokasi di sini, sejak Januari lalu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2H40tLu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment