Hi! Welcome Back and Stay Tune! Parlimen Parit: Akmar Hisham Akan Disabotaj Dari Dalam Jika Jadi Calon PRU14? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Parlimen Parit: Akmar Hisham Akan Disabotaj Dari Dalam Jika Jadi Calon PRU14?



MUNGKINKAH BERLAKU SABOTAJ DALAMAN JIKA TOK MOK TERCALON P069 PARIT SEPERTI DI TAHUN 1999 DAHULU ? 


Sosek-sosek deme bercakap, bukan je labun kedai kopi tapi ada yg dah terang-terang menyebutnya dalam FB. Iye ke, ada kemungkinan sabotaj dalaman akan berlaku dalam PRU 14, jika Datuk Mok tercalon utk kerusi Parlimen P069 Parit.

Jika ia benar spt yg dicakap-cakapkan ini, ia akan mengulangi trajedi yg menimpa P069 di tahun 1999 dahulu.

Mengimbas kembali trajedi BN tumbang 3 : 0 kepada PAS dan PKR di tahun 1999 dahulu bolehlah dikategorikan kepada tiga unsur :

PERTAMA, di peringkat nasional berlaku pemecatan DS Anwar Ibrahim daripada UMNO yang mengakibatkan terjadinya perpecahan di kalangan penyokong dan pemimpin UMNO di seluruh negara. Tempiasnya terkena di Parlimen Parit dan dua DUN, Belanja dan Bota juga “lebuh” kata orang Parit.

KEDUA, tersalah pilih calon Parlimen. Calon yg dihantar ke Parit ialah “calon payung terjun” yg didatangkan dari Pasir Salak, iaitu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

TS Megat Junid terpaksa mencari “suaka” setelah “berkelana” lantaran kerusi Pasir Salak diambil oleh mantan MB Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib yg bertanding di peringkat Parlimen.

Namun orang Parit tidak rela “dipatuk ular buat kali kedua dari lubang yg sama”. Kerana sebelum itu, ditahun 1995, Parit juga telah dihantar seorang calon payung terjun wanita iaitu Datuk Ainon Khairiyah utk kerusi Parlimen.

Ini bermakna, orang-orang Parit terpaksa dua kali menerima kahadiran dua wakil rakyat Parlimen yg bukannya “kelahiran Parit” secara berterusan. Maka bertebaranlah dari mulut ke mulut, “dulu diberikan ibu ay**, kini diberikan bapa ay**”.

Maka sentimen penolakan ini bukan sahaja berlaku di kalangan penyokong UMNO malah juga dilakukan sabotaj dalaman oleh pemimpin UMNO Parit. Secara tak langsung, pihak pembangkang turut memainkan isu ini secara berleluasa dan akhirnya memihak kpd pembangkang.

KETIGA,  seperti yang dikatakan oleh ramai veteran UMNO di Parit, pihak-pihak yang diamanahkan memegang dana pilihanraya telah “melarikan” peruntukan tersebut. Ke mana ? Entah ke mana ?

Maka proses utk kelancaran berkempen “terencat”. Walaupun ramai yg berkerja  utk parti adalah berbentuk sukarela tetapi jika “duit tampal poster” pun tidak diberi dan lain-lain spt “duit minyak motor” dan “nasi bungkus” juga  “miss soru”. Akhirnya, “kamu buatlah sendiri beb….tanggunglah kekalahan sendiri…!!!”.

Itulah senario yg berlaku di tahun 1999, maka dengan itu calon BN, TS Megat Junid Megat Ayub kalah kpd Ustaz Basir dari PAS.  DUN Belanja dan Bota juga turut “hanyut”.

Apakah kita tidak belajar dari sejarah permainan politik ini ?

Politik bukan sahaja sebagai alat utk mendapatkan kuasa, tetapi dgn kuasa itu harus digunakan utk membela rakyat.

Dengan kuasa politik juga harus membina pelapis untuk dijadikan pemimpin di masa hadapan.

Namun terma “membina pelapis” tidak terdapat dalam kamus KB Parit. Setiap tunas baru yg muncul dianggap mengugat kedudukan KB akan dicantas di awal-awal lagi.

Orang-orang yg berada di bawah KB juga harus sebagai “yes boss”, jika mahu ia terus kekal di posisi. Kecuali mereka yang dianggap setara atau lebih intelektual daripada KB sendiri, seperti Datuk Nasarudin Hashim.

Dalam hal ini, saya tabik kpd ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang tabah menghadapi suasana ini. Namun sebagai seorang pemimpin, beliau juga tahu di mana “limit” sebagai pemimpin, maka dengan itu beliau dgn rela hati akan mengosongkan kerusi DUN Bota dalam PRU 14 nanti untuk diberikan kepada golongan pelapis.

Walaupun demikian, majoriti orang Parit mahukan Datuk Nasa kekal dalam kepimpinan UMNO Bahagian untuk beberapa waktu bagi memimpin generasi baru. Pengalaman Datuk Nasa sebagai Pegawai PTD yang terjun ke kancah politik memang masih diperlukan khidmatnya.

Ada yang kata, antara DUN Bota dan DUN Belanja macam langit dengan bumi. Betul ke ?

Adakah kerana prestasi ADUN Bota lebih cemerlang dari ADUN Belanja ?

Kita boleh melihat dari dua sudut yg berbeza.

Memang tidak dinafikan pengalaman ADUN Bota lebih terdedah dgn perancangan pembangunan dan urbanisasi semasa berkhidmat sebagai pegawai PTD dahulu. Ia sesungguhnya menjadi aset kepada beliau utk meminpin DUN BOta.

Pembangunan Seri Iskandar adalah di bawah bidang Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) yg merancang Bandar Satelit ini berdasarkan “mix developments” yang lengkap utk menuju sebagai bandar moden.

Maka peranan ADUN adalah sebagai “pelengkap” utk membangunkan Seri Iskandar. Kerana tugas hakiki ADUN ialah sebagai “penggubal undang-udang” dan perantaraan antara rakyat dengan kerajaan.

Tetapi tidaklah semuanya harus “dikreditkan” jasa-jasa itu kepada ADUN atau ahli Parlimen, kerana ia dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah ajensi tertentu yg tidak terikat dgn ADUN atau ahli Parlimen.

Apa pulak yang berlaku kepada ADUN Belanja, Datuk Drs Nizar ?

Ramai yang memanggil beliau sebagai “ustaz”, kerana beliau sebelum ini bertugas sebagai Pengetua Sekolah Aziziah, yang kini ditukar nama kepada Maahad Al Aziz di Parit sekarang.

Datuk Drs Nizar mula diangkat sebagai ahli Parlimen di tahun 2008 yg ketika itu sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit.

Sebagai anak kampong yg dikerah ke Parlimen utk pertama kalinya, ia menjadi “kejutan” kpd Datuk Drs Nizar.  Kerana ia terpaksa “meraba-raba” dalam kegelapan utk berkenalan dgn Pak-pak Menteri dan jabatan-jabatan peringkat pusat.

Dengan “net-working” yg terhad, maka Datuk Drs Nizar tenggelam-timbul sebagai ahli Parlimen. Tak banyak “kerja” yg boleh dibawa utk pembangunan Parit.

Akhirnya nama “Nizar Zakaria” meletup di persada antarabangsa kerana menjadi tawanan Israel setelah mengikuti flotia misi kemanusiaan ke Palestine. Beliau dibebaskan tak lama selepas itu. Barulah “gah” seluruh Malaysia, “itulah ahli Parlimen Parit”.

Bagi penggal kedua, Datuk Drs Nizar Zakaria berpindah ke DUN Belanja, lalu dilantik sebagai EXCO.

Namun dikatakan, prestasinya sebagai EXCO tidaklah mendapat pujian dari MB Perak.

Untuk memberikan input atau idea bagi pembangunan di DUN Belanja nampaknya tidak banyak memberikan markah tinggi. Jika ditanya secara purata, “bolehlah”.

Jika ditanya lagi, “kalau ada yg lebih berkemampuan, eloklah ditukar”.

Apakah SIGNAL ini cukup utk Datuk Drs Nizar bertahan ?

Namun Datuk Drs Nizar memang seorang yg peramah, merendah diri dan mudah didekati rakyat. Ini tidak dapat dinafikan. Dalam banyak majlis, beliau akan datang utk menyantuni para penduduk.

Apakah sebenarnya Datuk Drs Nizar tidak mahu “aggresif” utk “menonjolkan” diri ?

Ada cakap-cakap mengatakan bahawa beliau tidak boleh “berlebih-lebih” kerana dipantau oleh KB.

Sebab itulah prestasinya sebagai ADUN Belanja tidak menampakkan kecemerlangan.  Namun demikian, hanya orang-orang DUN Belanja saja yg lebih arif utk memberikan jawapannya.

Orang ketiga yang tiba-tiba MUNCUL dalam percaturan UMNO Bahagian Parit ialah Datuk Akmar Hisham Mokhles @ Datuk Mok.

Melalui cakap-cakap politik di Parit, pernah ada ura-ura utk melantik beliau sebagai AJK Bahagian sebelum ini, tetapi idea itu dgn cepat dipangkas oleh KB.

Mengikut sumber yg diyakini sahih, “kembalinya” Datuk Mok ke Parit adalah atas kehendak Perdana Menteri. Ini disebabkan Perdana Menteri mahukan generasi baru untuk mengambil-alih tampuk UMNO Bahagian.

Seterusnya melantik Datuk Mok sebagai calon Parlimen bagi menggantikan penyandang sekarang.

Di sinilah bermulanya episod yang menghangatkan politik dalam cawan di Parit.  Permukaannya nampak tenang, tetapi di dalamnya “mengelodak” kata orang Parit.

KB yg telahpun menjadi calon sebanyak 5 kali masih tak mahu berundur. Itulah musibahnya jika masih tak sedarkan diri yg “dah tua” dan “tak ada idea lagi”. Tapi masih mahu lagi terus mencengkam kuasa.

Desas-desus bertiup kencang bahawa KB “NAK JUGA” jadi YB sekali lagi. Hatta jika tak dapat jadi ahli Parlimen pun, jadi ADUN pun tak apa.

Sebab itulah NASIB Datuk Drs Nizar menjadi perhatian. Adakah ayat ini akan keluar, “kamu berenti, aku nak balik ke DUN Belanja”.

Mengambil komen-moken dalam Facebook di Parit yg kini telah berterbangan, jika “aku tak dapat kedua-duanya”, maka satu sabotaj dalaman akan dilakukan bersama PEMBANGKANG.

Jika kekecewaan dah sampai ke tahap limit, semua akan dilakukan.

Hilang pertimbangan diri, apabila emosi dan ketamakan kuasa menguasai diri.

Moga ianya tidak berlaku.



Oleh : Hisemudin Kasim

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oQMbGr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.