Hi! Welcome Back and Stay Tune! Izreen, Ude Padam Akaun lG. Tindakan Susulan Netizen Amat MENGEJUTKAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Izreen, Ude Padam Akaun lG. Tindakan Susulan Netizen Amat MENGEJUTKAN

Izreen, Ude Padam Akaun lG. Tindakan Susulan Netizen Amat MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Susulan tak tahan dimaki netizen di Instagram, Izreen dan Ude tutup akaun. Ingatkan reda. Tindakan susulan netizen amat mengejutkan. Marah sangat nih.

IZREEN, UDA TUTUP AKAUN INSTAGRAM

Kerana tidak tahan dikecam bertalu-talu sejak berita penceraian suami dan isteri pertama Intan Liana, Izreen Azminda mengambil keputusan untuk memadam akaun Instagramnya. Keputusan itu turut sama diikuti oleh suaminya, Ude Wahid.

TINDAKAN MENGEJUTKAN NETIZEN

Bagaimanapun peminat yang masih tidak berpuas hati menyerang pula Zatee Hijab yang mengambil Izreen sebagai duta beliau. Kemarahan netizen membuak sehingga mengugut akan memboikot segala produk dan drama yang menggunakan Izreen sehingga pihak Zatee terpaksa menutup ruangan komen.

Tetapi yang menariknya, hasil pencarian mendapati pengikut akaun Instagram Intan bertambah, dari 29,000 kepada 64,900 sejak kes penceraian berlaku. Mungkin ini tanda sokongan peminat buat wanita ini untuk terus kuat.

KRONOLOGI KISAH MEREKA

Sebagai recap, Izreen sebelum ini pernah mengakui sedang mengenali seorang jejaka (Ude) sejak 2016, namun menafikan beliau suami orang. Pada 30 November lalu pula, Intan mendedahkan suaminya sudah mengahwini Izreen tiga bulan sebelum beliau mengetahuinya.

Dan pada hari yang sama Ude telag menfailkan penceraian terhadap Intan namun dirahsiakan kepada umum. Izreen dalam program Melodi bertarikh 3 Disember 2017, meminta Intan berbaik dan menjaga suami bersama.

Manakala Ude dalam masa sama meminta diberikan ruang untuk beliau menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Kalau diikutkan timeframe yang berlaku, Izreen seolah sudah mengetahui Ude mahu menceraikan Intan ketika menjadi tetamu di Melodi dan memberikan kenyataannya itu.

Teringat pula kenyataan Intan yang mendakwa beliau dan suami sudah tidak tingaal sebumbung dengan suami sejak November tahun lalu. Maknanya, Ude tidak pulang ke rumah mereka sejak beliau berkahwin dengan Izreen. Apapun hanya mereka yang tahu kebenarannya.

Sumber: Rotikaya

Lama Berdiam Diri. Akhirnya Suami Izreen Azminda Dedah “SESUATU” Kenapa Cerai Isteri Pertama

ALASAN SUDAH TIADA HATI

Selepas isteri pertama kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liyana membuat kenyataan tentang suaminya memfailkan permohonan cerai, giliran Ude pula memberi kenyataan tentang hubungan rumah tangga mereka.

Pemuzik bebas itu mengakui, dia sudah tiada hati untuk hidup bersama dengan isterinya itu dan perpisahan adalah jalan terbaik.

Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia dan Intan tidak sanggup menipu diri untuk meneruskan lagi perhubungan sebagai suami isteri.

KEBAJIKAN BEKAS ISTERI DAN ANAK-ANAK JANJI AKAN JAGA

“Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

“Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,” katanya kepada BH Online.

Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalum Ude bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas proses perbincangan mengenai nafkah dan penjagaan anak selesai.

Sumber: Roti Kaya

ISTERI PERTAMA MASIH CINTA SUAMI

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini isteri kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liyana mengakui yang tidak tahu apa salahnya sehingga suaminya itu sanggup memfailkan permohonan cerai.

“Sehingga ke hari ini, saya masih sayangkan Ude. Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami,” katanya menangis.

Mengakui Ude seorang suami dan bapa yang baik serta penyayang, hubungan suami isteri menjadi renggang sejak November lalu. Ude pula mengakui sudah mengahwini pelakon Izreen Azminda pada Ogos tahun lalu.

Intan Liyana dan Izreen Azminda hanya sempat menjalani hidup bermadu selama enam bulan.

“Kami sudah tidak sebumbung sejak November lepas dan saya masih menetap di rumah yang disediakan Ude bersama anak-anak,” katanya lagi.

Sumber: Roti Kaya

The post Izreen, Ude Padam Akaun lG. Tindakan Susulan Netizen Amat MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tjpaS4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.