Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Tak Tergugat Dengan Kehadiran Mahathir Ke Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Tak Tergugat Dengan Kehadiran Mahathir Ke Perak





Barisan Nasional (BN) Perak tidak tergugat dengan siri jelajah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad serta kepemimpinan tertinggi parti itu di negeri tersebut dengan yang terbaharu berlangsung semalam di Kamunting.



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu adalah kerana beliau percaya rakyat Perak lebih bijak menilai parti mana yang sentiasa bekerja untuk rakyat dengan parti yang hanya ‘turun’ untuk berkempen dan memburuk-burukkan kerajaan.



“Saya difahamkan semalam kepemimpinan PPBM turun secara besar-besaran di Kamunting, Taiping dengan mesej utama untuk memberitahu orang Perak bahawa Dr. Mahathir adalah calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.



“Kita mengamalkan politik matang dan ini bukan menjadi masalah kepada BN, saya yakin orang Perak tahu bagaimana cara kita bekerja di negeri ini dan bagaimana kami sentiasa ada dengan rakyat. Jadi tiada istilah gugat atau tergugat walaupun mereka menurunkan sesiapa sahaja pun,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Bersama Menteri Besar semalam. - UTUSAN ONLINE




✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2I2nnUQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.