Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kunci Patah La Pulak...' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kunci Patah La Pulak...'



POLIS mendapatkan bantuan bomba bagi memotong gari seorang lelaki yang menjadi tahanan narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, petang semalam. Kejadian 2.45 petang itu berlaku selepas kunci digunakan polis untuk membuka gari tahanan berkenaan patah. 

Namun, selepas usaha membuka gari pada tangan tahanan yang tidak didedahkan identitinya itu tidak berhasil menyebabkan anggota bomba dipanggil. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas berkenaan daripada anggota polis pada 2.54 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan kemudiannya dihantar ke IPD Bau bagi menjalankan khidmat khas memotong gari berkenaan. "Kunci digunakan polis untuk menggari tahanan terbabit patah dan mereka tidak mempunyai peralatan untuk memotong gari.

"Pasukan bomba kemudiannya menggunakan mesin pemotong khas bagi memotong gari pada tangan tahanan terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi khidmat khas itu perlu dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan pada tangan tahanan terbabit. Katanya, operasi berkenaan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum gari berkenaan berjaya dipotong.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FlArGj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.