Warisan Akan Taat & Setia Kepada Mahathir
Parti yang baru ditubuhkan oleh Shafie Apdal di Sabah iaitu parti Parti Warisan Sabah, Warisan sebenarnya adalah sebahagian daripada proksi Mahathir di Sabah.
Parti berlogo kapal itu diluluskan penubuhannya pada Oktober tahun lepas. Shafie Apdal cuba bermuka muka dengan rakyat Sabah dengan menyatakan bahawa parti Warisan adalah untuk orang Sabah sahaja dan tidak ada hubungan dengan parti pembangkang di Semenanjung.
Bersungguh sungguh Shafie Apdal cuba menafikan hubungan partinya itu dengan parti pembangkang yang diketuai Mahathir di Semenanjung. Pada 16 November 2016, Shafie Apdal berkata Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan bergabung dengan blok pembangkang dari Semenanjung.
17 Disember 2017, Shafie ulang lagi dalam New Straits Times bahawa partinya tidak akan bergabung dengan Mahathir dan pembangkang di Semenanjung. Namun tindak tanduk Shafie Apdal itu ternyata berlainan.
Shafie sendiri dilihat melayan kehadiran Wan Azizah yang hadir ke Sabah seumpama bos besarnya. Ya, memang benar pun Wan Azizah adalah ketua kepada parti Shafie. Ketua yang lebih besar adalah Mahathir.
8 Januari 2017, ketika Wan Azizah melancarkan Pakatan Harapan di Sabah, wakil parti Warisan hadir sama. Wan Azizah dari PKR, DAP dan Warisan berpakat sama di Sabah membentuk satu pakatan pembangkang.
Mahathir sendiri dalam satu sidang akhbar pada 29 Januari 2018 di Petaling Jaya, mengesahkan akan menubuhkan pakatan bersama parti Shafie. “If we were to take on Warisan, they would have losses and so would we. So, a form of cooperation might be formed between Warisan and Pakatan Harapan,” kata Mahathir.
Kenyataan Wan Azizah dan Mahathir ini membuktikan bahawa parti yang Shafie buat bukanlah untuk orang Sabah. Parti Warisan adalah sebahagian daripada parti yang dibuat untuk mencapai agenda peribadi Mahathir bagi merampas Putrajaya.
Baru baru ini dalam satu majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh PKR di Kota Kinabalu, Shafie hadir sama dan duduk di sebelah Wan Azizah lagi. Berbincang lagi bab politik dan agihan kerusi di Sabah.
Ini bukti besar, Shafie selama ini berbohong kepada rakyat Sabah. Shafie usahlah lagi menyalahkan orang Sabah kononnya miskin sebab selama ini di bawah pentadbiran BN dan UMNO dalam ceramah ceramahnya.
Shafie lupakah beliau bersama UMNO selama 22 tahun dan dalam tempoh tujuh tahun terakhir itu, dialah yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan berbilion ringgit untuk memajukan Sabah melalui KKLW.
Semua orang Sabah tahu, Shafie sebenarnya tunduk dan setia hanya pada Mahathir. Siapa salam dan cium tangan Mahathir lagi setiap kali berjumpa di Kuala Lumpur. Malah Shafie dilapor lebih kerap ke Kuala Lumpur menjelang PRU14 ini untuk berjumpa Mahathir.
Buat apa jumpa Mahathir? Minta dedak dan duit untuk pilihanraya? Boleh jadi juga kerana parti Warisan adalah sebahagian daripada parti komponen parti pembangkang di Semenanjung sekarang ini.
Kalau Mahathir sudah cakap semua parti pembangkang akan guna satu logo sahaja dalam PRU14 nanti, apakah Shafie akan ketepikan logo kapal dan guna logo roket di Sabah? Shafie akan ikut sahaja apa kemahuan Mahathir.
Mahathir adalah “king maker” untuk parti Warisan di Sabah. Shafie adalah sebahagian daripada bidak catur Mahathir di Sabah untuk mencapai agendanya yang lebih besar untuk kroni dan anaknya sendiri di Putrajaya.
Orang Sabah jangan percayalah dengan parti Warisan. Kapal parti Warisan itu nakhoda sebenarnya adalah Mahathir bukannya Shafie. Hanya Mahathir yang Shafie taat, setia dan cium tangan.
Tulisan :
Beruang Biru
BB803, Jumaat
2 Mac 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oUqpSz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment