Suami Tak Solat, Suka Berhibur. Satu Hari Dia BERUBAH. Ingatkan Sebab Apa Tapi Rupa2nya…
Suami Tak Solat, Suka Berhibur. Satu Hari Dia BERUBAH. Ingatkan Sebab Apa Tapi Rupa2nya… | Saya Luv Islam – Seorang isteri buat luahan kat ustaz. Sikap suami sangat buruk, kasar, tak solat dan suka berhibur. Selalu mereka gaduh. Satu hari suami berubah 100% mula solat di masjid. Terkejut. Ingatkan sebab apa tapi rupa-rupanya… Allahu. Seperti diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew
SUAMI ISTERI SELALU GADUH
Seorang wanita datang dan bercerita bagaimana kisah hidupnya yang telah berubah pada seminar Keluarga Sunnah lepas. Beliau bercerita tentang sikap suami beliau yang buruk, kasar, dan tidak pernah ambil berat tentang perasaan beliau.
Malah mereka selalu bergaduh dan meninggikan suara antara satu sama lain tanpa mengira waktu walau atas sebab yang paling kecil.
Mereka suami isteri sama-sama tidak solat, sentiasa berhibur, dan sentiasa melakukan maksiat.
SUAMI TIBA-TIBA BERUBAH
Satu hari di takdirkan Allah SWT suaminya telah mula berubah. Suaminya rajin bersolat berjemaah di masjid. Pada mulanya beliau amat tidak suka dan benci dengan perubahan sikap suaminya itu.
Rupanya suami beliau sebelum itu telah berjumpa dengan saya. Beliau memaklumkan bahawa saya telah nasihatkan suaminya supaya beli bunga besar, rajin beri hadiah dan sentiasa membantu saya di rumah.
Dulu kita mengurat dan berhempas pulas kerana cinta dunia, kerana cantik, seksi, dan menurut hawa nafsu perasaan muda. Hari ini kita mengurat isteri kita semula kerana Allah SWT. Umur kita semakin hari semakin tua. Berjuanglah demi untuk bawa pasangan masuk syurga.
Sejak itu suami mula beri saya bunga kebetulan beliau memang suka bunga. Suami juga tidak kedekut seperti sebelum ini. Suami juga mula ringan tulang. Suami tidak melayan isteri secara kasar macam dulu lagi. Semua ini dengan izin Allah SWT telah membuat isteri terasa benar-benar jatuh hati padanya semula kerana kebaikannya.
KENA SUAMI BAIK DENGAN ISTERI ?
Isteri bertanya “kenapa abang semakin baik terhadap saya. Abang nak apa sebenarnya”. Jawab suami “abang sayang awak. Abang nak pimpin tangan sayang dan kita sama-sama melangkah ke dalam syurga”.
Isteri mula tersentuh dan mula belajar usaha membina kekuatan iman. Belajar dan mendalami Islam. Pada masa itu terasa seperti pengantin baru walau setelah 10 tahun berkahwin.
Saya sangat terkesan apabila suami mengurat saya semula kerana untuk bawa saya kepada Allah SWT. Beliau begitu sebak semasa bercerita. Beliau semakin mencintai suami beliau semula.
Bercinta sampai ke syurga.
Itulah keindahan Islam, kita memujuk, melayan, mengurat, malahan seperti Nabi SAW dan sahabah mereka korbankan semua yang mereka sayang termasuk nyawa mereka hanya untuk lihat kita semua masuk syurga.
Sumber: Saya Luv Islam via Ebit Lew
The post Suami Tak Solat, Suka Berhibur. Satu Hari Dia BERUBAH. Ingatkan Sebab Apa Tapi Rupa2nya… appeared first on SAYALUVISLAM.
✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oJZwBn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment