DAP Bersikap Terbuka Terhadap Pemimpin Yang Korup, Asalkan Semua Hidup Makmur
Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 1 Mac 2018
(Malaysian Digest) - Bekas calon DAP untuk Bentong dalam pilihan raya umum lalu, Wong Tack, percaya calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berpeluang memenangi hati orang Cina di sana, dan menafikan bahawa bekas perdana menteri itu hanya popular di kalangan orang Melayu luar bandar.
Walaupun Mahathir terpaksa menangguhkan penampilannya pada 10 Februari di Bentong selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Wong berkata penduduk di sana berharap untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri itu.
Aktivis Himpunan Hijau itu memberitahu FMT, "Banyak orang menganggap orang Cina kecewa dengan Mahathir. Itu tidak benar. Orang-orang Cina sangat praktikal, dan ‘business-minded’. Semasa pemerintahan Mahathir, mungkin terdapat beberapa orang yang ditindas, tetapi pada masa yang sama semua perniagaan telah berjaya.
"Orang Cina mempunyai peribahasa: “If the water is too clear, no fish can survive”. Mereka boleh menerima ketidakjujuran atau rasuah selagi semua orang hidup dengan makmur dan mereka yang berkuasa tidak mencuri kesemuanya."
Adakah Wong secara terbuka mengisytiharkan bahawa DAP dan orang-orang Cina bertoleransi terhadap pemimpin korup dan bahawa amalan rasuah DAP yang melibatkan mencuri hanya sedikit dianggap boleh diterima?
Bolehkah ini menjadi penjelasan mengapa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang masih terlibat dalam kontroversi mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion, masih bertindak sebagai kambing hitam, supaya rakyat Pulau Pinang boleh hidup dengan makmur?
Sementara itu, sebagai tindak balas kepada Wong yang memanggil dirinya sebagai aktivis alam sekitar, Kua Kia Soong, bekas pemimpin dalam Gerakan Hak Awam persatuan-persatuan Cina terus mempersoalkan pendiriannya, "Tidakkah beliau tahu bahawa semasa pemerintahan Mahathirlah ada projek yang paling banyak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar telah dilaksanakan?"
"Beliau mungkin mahu merujuk kepada "The Malaysian Civil Rights Movement"yang diterbitkan oleh SIRD pada 2005," tulisnya di FMT.
Kua yang telah menulis banyak buku mengenai penolakan masyarakat Cina terhadap pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru Mahathir, dan dasar pendidikan dan kebudayaannya juga menyerlahkan "beberapa dasar penswastaan dan projek ekonomi yang membinasakan" oleh Mahathir yang memberi kesan kepada masyarakat pribumi dan masyarakat marginal yang lain.
"Dalam kebanyakan kes ini, pampasan tidak mencukupi, tetapi, yang paling ketara adalah keadaan hidup mangsa dan persekitaran di sekeliling mereka tidak dipedulikan," katanya sambil menambah, tempat pembuangan sampah Papan dan Bukit Merah, Empangan Bakun, Empangan Selangor, pemusnahan komuniti perladangan, penebangan hutan di Sarawak dan Sabah, adalah antara projek-projek lain yang membinasakan.
Penasihat kepada NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, "Daripada merosakkan reputasinya sebagai aktivis alam sekitar dengan mengagungkan Mahathir, Bapa Projek Membinasakan Alam Sekitar, Wong sepatutnya menjemput semua mangsa projek-projek yang menjejaskan alam sekitar itu ke Bentong supaya para pengundi akan mengetahui bahawa Wong sememangnya prihatin terhadap pembangunan mampan dan mangsa projek-projek yang membinasakan itu."
Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/2018/03/01/dap-are-accepting-towards-corrupted-leaders-as-long-as-everyone-lives-prosperously/
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CX9Ieb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment