Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pekerjaan Sampingan Yang Sesuai Untuk Pelajar Universiti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pekerjaan Sampingan Yang Sesuai Untuk Pelajar Universiti

Dengan ekonomi yang tidak menentu, sudah pasti ramai diantara kita terutamanya dari kalangan pelajar mahu mencari duit sampingan, dalam kata lainnya adalah ‘duit poket’ bagi menampung perbelanjaan harian.

Antara golongan yang terkesan dengan masalah kewangan adalah golongan pelajar, ramai diantara mereka yang mahu mengambil inisiatif untuk melakukan kerja sambilan untuk menampung kos pembelajaran yang makin meningkat.

Dengan penuh harapan, mereka megharapkan ada pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka, namun pekerjaan yang bagaimanakah yang bersesuaian?

Guru tuisyen

Bergelar pelajar universiti sememangnya salah satu kelebihan yang ramai pelajar tidak tahu bagaimana untuk praktikkan, anda mestilah bijak pandai kan? Anda boleh cuba jadi guru tuisyen. Bukan sahaja mampu menjana pendapatan sampingan, malah boleh membantu mereka yang memerlukan khidmat seperti anda.

Promoter butik

Jika anda seorang yang suka bercakap, anda mungkin boleh cuba bekerja sebagai promoter, inya adalah salah satu cara bagaimana anda mampu menjana pendapatan sampingan. Gunakan kelebihan yang anda ada itu untuk mencari duit poket.

Krew restoran

Jika tiada pilihan lain, ini mungkin adalah pilihan yang tepat.

Berniaga dalam kolej

Jika anda seorang yang suka mencari peluang, mungkin anda pernah terfikir untuk berniaga dalam kolej, namun begitu ianya ada risiko tersendiri. Ada beberapa kolej yang melarang pelajarnya berniaga, tetapi jika diberi keizinan anda harus merebut peluang ini, kerana ia selalunya menguntungkan!

Agen dropship di media sosial

Tidak memerlukan anda keluarkan modal dan juga menyimpan barang, anda mampu berniaga secara online! Ramai pelajar yang mengambil peluang ini, bukan sahaja mudah, malah menguntungkan!

Tulis blog atau copywriter

Kepada anda yang suka menulis, anda mungkin boleh mencuba untuk menulis blog, ramai yang menulis blog dapat menjana pendapatan sendiri.

Jual insurans

Kedengaran seperti susah, tetapi jika anda mampu menarik pelanggan, anda mampu menjana pendapatan dengan gaji yang sangat lumayan dengan bekerja sebagai seorang penjual insurans! Kepada mereka yang suka menyahut cabaran, anda pasti suka dengan pekerjaan ini.

Sumber: Ohbulan.com

The post Pekerjaan Sampingan Yang Sesuai Untuk Pelajar Universiti appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CZsukZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.