Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat Mangsa Kemalangan Yang Ghaib Ditemui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat Mangsa Kemalangan Yang Ghaib Ditemui

Mayat Mangsa Kemalangan Yang Ghaib Ditemui|Misteri kehilangan seorang lelaki yang tiba-tiba ‘ghaib’ selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di Desa Sri Jenaris, di sini, terjawab apabila mayatnya ditemui di belakang perhentian bas di Sekolah Rendah Agama Sri Kantan 3, di sini, hari ini.

Difahamkan mayat mangsa yang juga jurugambar bebas dikenali sebagai Shafiq, 33, ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

Menurut kenalan mangsa yang enggan dikenali berkata, ahli keluarga Shafiq dimaklumkan mengenai penemuan kereta PERODUA Myvi miliknya kira-kira 500 meter dari kediamannya di Desa Sri Jenaris, di sini.

Katanya, bagaimanapun pemeriksaan ahli keluarga mendapati mangsa tiada di dalam kenderaan itu.

“Ahli keluarga Shafiq kemudian cuba mencarinya di kawasan sekitar, namun tidak berjaya menemuinya.

“Kira-kira jam 8 pagi itu, ahli keluarganya dimaklumkan dia ditemui meninggal dunia di belakang perhentian bas berhampiran sekolah rendah terbabit,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Kajang, di sini, hari ini.

Kenalan mangsa turut memaklumkan ada pihak yang mendakwa menemui Shafiq dalam keadaan tersandar di perhentian bas kira-kira jam 5 pagi tadi.

“Berdasarkan keadaan kereta mangsa yang kemek teruk di bahagian depan akibat kemalangan itu, agak mustahil dia boleh berjalan kaki ke perhentian bas berkenaan sejauh empat kilometer dari lokasi kejadian.

The post Mayat Mangsa Kemalangan Yang Ghaib Ditemui appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CZZZDI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.