Bolt Pecut Kejar Bola Pula
BERLIN: Kelibat jaguh pecut dunia Usain Bolt dalam jersi kuning Borussia Dortmund akhirnya menjadi realiti apabila pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter itu menyertai sesi ujian bersama kelab Jerman itu semalam.
Dortmund dan Bolt kedua-duanya ditaja oleh jenama pakaian sukan Puma yang menjadikan impian jaguh pecut itu untuk meneruskan minatnya dalam bola sepak menjadi kenyataan selepas bersara daripada arena olahraga.
Bolt dilihat ceria dan komited sepanjang sesi ujian berkenaan dan sempat menunjukkan kemahirannya bersama rakan sepasukan, antaranya Andre Schurrle yang tidak dipanggil untuk tugasan antarabangsa.
Di luar padang, Bolt dibawa melawat kemudahan kelab yang mana dia ditemani Julian Wiegl, Marco Reus dan Omer Toprak.
Bekas pelari pecut berusia 31 tahun dari Jamaica itu tampak begitu kagum dengan stadium Signal Idura Park berkapasiti 81,360 penonton itu - sesuatu yang jarang menarik perhatiannya selama bergelar atlet.
Bolt akan menerajui skuad Pilihan Dunia menentang England yang diketuai penyanyi pop Robbie William dalam perlawanan amal Soccer Aid di Old Trafford Jun ini.
Dia akan berlatih sekali lagi bersama Dortmund hari ini dan sesi berkenaan akan dibuka kepada umum. - Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pzJwT4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment