Pedas Sampai Terangkat, Kehebatan Sambal Nasi Paka Memang Padu
Foto: Nasi Paka
"Kaw kaw pedas, pedas sampai terangkat!" Itulah slogan yang diletakkan di kain rentang depan gerai kecil milik gadis ini. Yusliza Mohammed Noor, 33, merupakan seorang bekas wartawan yang akhirnya memilih perniagaan sebagai sumber pendapatannya.
Nasi Paka adalah makanan makan tengahari yang bertemakan ringkas, sedap dan murah. Ia terdiri daripada nasi putih panas yang dihidangkan bersama seketul ayam goreng, sambal cili padi dan hirisan timun. Berharga RM6 sebungkus, Nasi Paka menjadi perhatian ramai kerana sambal cili padinya yang pedas menyengat. Kini Nasi Paka beroperasi di Amboi Kafe, Seksyen 7, Shah Alam, bermula dari jam 11.40 pagi hingga 5.00 petang.
Anak kelahiran Segamat, Johor yang dibesarkan di Paka, Terengganu ini memilih nama Nasi Paka bersempena tempat dia membesar. Menurut Yus, asalnya menu Nasi Paka terhasil dari lebihan masakan makan malam yang di bawa ke pejabat untuk dijadikan sarapan bersama rakan sepejabat. Dari suka-suka itulah rakan sekerja meyuruhnya untuk menjual menu ini pada setiap pagi Rabu di pejabat. Mula dikenali dengan nama Nasi Putih Ayam Goreng Cili Padi, lama-kelamaan rakan sekerja mencadangkan namanya bertukar kepada Nasi Paka sempena tempat Yus membesar.
Bagaimana dari hanya menjual nasi di pejabat, Yus boleh menggembangkan perniagaannya kepada sebuah gerai? Jawabnya, minat dan kesungguhan. "Setelah 10 tahun saya makan gaji, buatkan saya terfikir adakah kehidupan ini yang saya mahukan. Menjual Nasi Paka secara sambilan selama dua tahun akhirnya memberi saya jawapan dimana saya mahu menjalankan perniagaan ini secara serius dan sepenuh masa.
"Saya nekad berhenti kerja pada tahun 2017 dengan niat mahu menceburi bidang perniagaan. Apa pun yang bakal terjadi, saya sentiasa terapkan bahawa hidup ini singkat, maka inilah masa yang terbaik untuk saya terokai bidang baru yang saya impikan selama ini. Saya cekalkan hati untuk keluar dari kerjaya dan gaji yang selesa dan akhirnya pada September 2017, lahirlah jenama Nasi Paka di pasaran tempatan", jelas Yus.
Dalam bidang perniagaan, makin banyak kita berusaha, makin banyaklah hasilnya akan kelihatan. Jika dulu Yus terikat dengan rutin 8.30 pagi - 6 petang di pejabat, kini dia sanggup bangun jam 4 pagi untuk memasak sambal setiap hari. Tambah Yus, "tujuan saya wujudkan Nasi Paka adalah untuk menyediakan menu yang sedap dengan harga ekonomi. Saya mahu setiap pelanggan yang keluar dari kedai tersenyum gembira kerana puas hati dengan keenakan juadah yang kami sediakan. Saya mahu duit yang mereka keluarkan berbaloi dengan apa yang mereka dapat."
Bersyukur menerima permintaan yang memberangsangkan, Yus sangat menghargai sokongan yang sangat positif dari keluarga dan rakan-rakan. "Mereka semua seakan-akan laman promosi bergerak tentang perniagaan saya. Jadi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua", ulas Yus. Selain Nasi Paka, mereka juga telah mengeluarkan produk kedua iaitu Sambal Travel by Nasi Paka, sambal cili padi yang dibalangkan khas untuk mereka yang mahu menikmati sambal pedas ketika mengembara.
Mengalakkan ramai anak muda untuk menceburi bidang perniagaan, Yus turut berkongsi beberapa tips untuk anda yang mahu mulakan perniagaan sendiri. Pesan Yus, "jangan mulakan perniagaan dengan pinjaman bank. Mulakan dengan modal yang keluar dari poket sendiri. Dulu saya mulakan Nasi Paka dengan modal RM40 dan berkembang secara gerai dengan modal RM3,000. Usah takut dan malu jika dianggap tak hebat kerana tidak berkerja di dalam tempat berhawa dingin. Teruskan impian anda dalam perniagaan dan rezeki semua orang lain-lain."
Sumber Pedas Sampai Terangkat, Kehebatan Sambal Nasi Paka Memang Padu
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ue6R1l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment