Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maria Chin bertanding atas tiket PKR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maria Chin bertanding atas tiket PKR


PETALING JAYA - Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah akan bertanding atas tiket PKR pada PRU14.

Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi sempena sidang media khas oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.

"Hari ini saya mengumumkan bahawa dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita dan insya-ALLAH kita di sini untuk membunyikan 'loceng perkahwinan' bagi PRU," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Kerusi yang bakal ditandingi Maria belum diputuskan oleh PKR.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menegaskan bahawa Maria bukan ahli PKR sebaliknya hanya bertanding atas logo parti itu.

Beliau tidak menolak penyertaan Maria yang memilih logo PKR sebagai sesuatu yang sangat besar untuk perjuangan reformasi. - Sinar Harian



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ukV6Gu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.