Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pilihan Tempat Duduk Dalam Kapal Terbang Dedahkan Karakter Diri Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pilihan Tempat Duduk Dalam Kapal Terbang Dedahkan Karakter Diri Anda

Ketika anda sedang bercuti dan perlu menaiki kapal terbang, di mana tempat kedudukan tempat duduk yang anda pilih? Di sebelah tingkap, pertengahan atau tepi lorong laluan?

Profesor psikologi, Jonathan Bricker dan Becky Spelman mengatakan bahawa mereka boleh membaca karakter melalui pilihan tempat duduk dalam kapal terbang. Kedudukan tempat duduk yang dipilih dapat mencerminkan sifat sebenar yang tersembunyi di dalam hati.

Luangkan masa dan lihat berikut ini jika anda jenis yang mementingkan diri sendiri, berfikiran terbuka atau introvert.

Di sebelah tingkap

Tempat duduk yang tidak dapat dinafikan yang paling selesa di dalam kapal terbang kerana anda dapat melihat pemandangan luar, bersandar dan anda tidak akan terganggu oleh orang atau pramugari yang berjalan di lorong laluan. Walau bagaimanapun, ia akan menjadi sangat menyusahkan jika anda ingin pergi ke tandas.

Orang ramai memilih tempat duduk di sebelah tingkap kerana pemandangan di luar tingkap atau atas sebab peribadi. Orang yang memilih kedudukan ini mempunyai ruang sendiri dan dapat mengasingkan diri dari penumpang lain.

Orang yang memilih tempat ini suka berada dalam kawalan, mementingkan diri dan mudah marah. Mereka juga mempunyai permintaan tinggi untuk diri sendiri dan orang lain.

Tempat duduk tengah

Jika anda suka duduk di kerusi tengah, ini membuktikan bahawa anda adalah orang yang sangat baik. Anda tidak keberatan untuk berhimpit antara dua orang.

Bagi orang yang memilih duduk di tengah-tengah, mereka dianggap aktif dan sosial. Mereka dilihat optimistik dan tidak akan menghadapi masalah terlalu lama. Mereka terbuka dan beradaptasi untuk berubah.

Di sebelah lorong laluan

Bagi orang yang memilih duduk di kerusi sebelah laluan, mereka lebih sukakan kebebasan. Tetapi sebenarnya mereka dianggap introvert. Mereka tidak banyak berkomunikasi dengan orang dan mereka tidak mengganggu orang lain.

Penumpang ini selalunya gelisah dan mempunyai keinginan yang kuat untuk mengawal. Mereka boleh mengawal seluruh penumpang. Tetapi tidak seperti orang yang duduk di sebelah tingkap, mereka tidak mudah marah.

Sumber: Weekendhk.com

The post Pilihan Tempat Duduk Dalam Kapal Terbang Dedahkan Karakter Diri Anda appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2unHY3p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.