Hi! Welcome Back and Stay Tune! Brunei Cadang Bina Kereta Api Laju Rentas Borneo Libatkan Sarawak, Sabah Dan Kalimantan. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Brunei Cadang Bina Kereta Api Laju Rentas Borneo Libatkan Sarawak, Sabah Dan Kalimantan.

Gambar hiasan

BANDAR SERI BEGAWAN: Cadangan pembinaan kereta api laju rentas Borneo melibatkan Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Kalimantan oleh anggota majlis mesyuarat tempatan Pengiran Haji Mohamed Pengiran Haji Osman @ Othman mendapat respons baik.

Gagasan tersebut disuarakan pada hari kesebelas persidangan Majlis Mesyuarat Negara Isnin lepas.

Di Brunei, Majlis Mesyuarat Negara bertindak mirip Parlimen diwujudkan 2004 di negara Melayu Islam Beraja.

Menteri Perhubungan Brunei Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dalam kenyataan beliau dilaporkan akhbar Brunei, Media Permata pada Selasa merespons bahawa perkara tersebut dapat dibincangkan pada platform Kawasan Pertumbuhan Asean Timur- Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA).

Menurut beliau, cadangan ini mungkin terlalu awal untuk ditetapkan, tetapi ia dapat dibincangkan melalui platform pertemuan berkala kementerian melalui BIMP-EAGA itu yang sudah wujud 1994.

Memetik mynewshub, projek mega ini pernah dicadangkan oleh Malaysia pada 2000 sejauh 3,640 kilometer menelan kos sekitar RM30 bilion.

Awalnya ia dirancang menghubungkan Sabah: Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Beaufort; dan Sarawak: Miri, Bintulu, Serian, Sibu, Kuching.

Selain menghubungi Kalimantan: Sampit, Balikpapan, Pontianak, Samarinda, Palangkaraya; dan Brunei: Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pelabuhan laut dalam Muara.

Projek tersebut bagaimanapun belum dapat diteruskan.

Pada 2015, menurut mynewshub, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengungkit semula projek ini ketika merasmikan sistem kereta api Borneo sepanjang 398 kilometer menelan kos AS$3.7 bilion.

Jokowi turut bercadang menyambungkan laluan kereta api tersebut meretasi rantau BIMP-EAGA. -Sarawakvoice


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FWK0g6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.