Hi! Welcome Back and Stay Tune! ROSMAH SOKONG PENUH AKTA ANTIBERITA PALSU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ROSMAH SOKONG PENUH AKTA ANTIBERITA PALSU

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau menyokong sepenuhnya rancangan kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi menangani berita palsu.

“Saya sokong sepenuhnya undang-undang baru untuk berita palsu,” katanya ringkas ketika ditemui dalam acara penutup Kem Permata Seni di Kuala Lumpur hari ini.

Kerajaan dijangka membentangkan rang undang-undang itu pada sesi Parlimen kali ini.

Pihak yang tidak bersetuju dengan rancangan itu mendakwa ia bertujuan untuk menutup isu yang tidak berpihak kepada kerajaan.

Dakwaan itu dikuatkan dengan kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini bahawa setiap maklumat berhubung isu 1MDB yang tidak disahkanpihak berkuasa dianggap sebagai “berita palsu”.

Dalam acara itu, Rosmah menyertai sesi perkongsian dengan ibu bapa 241 peserta Kem Permata Seni dan kebanyakannya memuji program itu dalam mengembangkan minat anak-anak mereka dalam bidang seni.

Selain upacara penyampaian hadiah, acara itu juga diserikan dengan 13 persembahan nyanyian dan tarian oleh peserta kem yang melibatkan pelajar berusia 7 tahun hingga remaja.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HWvQYT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.