Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Ingatkan kurang minum air dan cuaca panas, lama kelamaan timbul bintik halus, gatal dan kulit mengelupas' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Ingatkan kurang minum air dan cuaca panas, lama kelamaan timbul bintik halus, gatal dan kulit mengelupas'

"Dengan rasminya, saya tidak lagi menjual produk D*** Cosmetics," demikian tulis Saidatul Nadiya selepas menggunakan produk tersebut sehingga mengalami kesan sampingan yang tidak dijangkakan. 
Difahamkan, Saidatul sebelum ini ada memaklumkan yang dia tidak lagi menjual produk berkenaan di status WhatsApp, menimbulkan persoalan ramai. Sehinggalah semalam Saidatul mengambil keputusan untuk tampil memberi penjelasan. 
"Sebelum ini saya ada post di status WhatsApp beritahu saya tidak menjual produk ini lagi. Berdedai semua tanya kenapa. So, ini jawapannya. 
"Setelah beberapa kali perasan perubahan sedikit demi sedikit di sekitar kulit saya sehingga hari ini (dah makin bertambah mengelupas), saya mengambil keputusan untuk hentikan penggunaan produk D*** Cosmetics," tulisnya yang perasan dengan kesan sampingan itu semenjak menggunakan bekas kedua. 



Pada awalnya, Saidatul menyangka keadaan itu berlaku kerana dia kurang minum air dan ditambah pula dengan cuaca panas, lalu dia tidak begitu endah dengan apa yang berlaku pada kulit wajahnya. Namun lama kelamaan timbul bintik-bintik halus yang gatal. 
"Sebelum ini ingat sebab kurang minum air, ditambah pula dengan cuaca panas, so ignore sajalah. Lama kelamaan macam pelik, naik bintik-bintik halus kadang-kadang rasa gatal. Semakin hari semakin banyak sehinggalah hari ini terbaca di Facebook yang kata produk D*** ini produk rebranding atau erti kata lain produk timbang kilo.


"Serius macam tak percaya sebab packaging dia tak sama seperti produk rebranding yang lain. Senang cerita, packaging dia memang baik. Jadi sekarang tak 100% pasti produk ini rebranding atau sebaliknya. Cuma sebab kulit saya mengalami kesan sampingan, lebih baik saya cegah awal," tulisnya. 
Menurut Saidatul, ada rakannya yang merupakan agen produk tersebut turut mengalami masalah yang sama. 
"Kenalan saya pun mengalami masalah yang sama. Dia pun agen produk D*** Cosmetics. Muka dia memang breakout teruk, naik jerawat batu dan dia pun dah stop menggunakannya," tulisnya. 

Di dalam kenyataannya yang dimuat naik di Facebook pada jam 7.40 malam tadi, Saidatul juga memohon maaf kepada para pelanggannya jika ada yang mengalami nasib yang sama selepas menggunakan produk tersebut dan menasihat mereka segera berhenti dari menggunakan produk itu sebelum ia mendatangkan kemudaratan. 
"Sekarang saya ingin memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan saya jika ada yang mengalami nasib yang sama. Jika ada yang mengalami kesan sampingan semasa menggunakan produk ini, sila berhenti, bimbang ia semakin memudaratkan. Jika ada yang mahu menuntut kerugian, sila hubungi saya. 
"Secara jujurnya, ini kali pertama kulit muka saya mengelupas seperti ini. Sebelum kulit saya menjadi lebih teruk lagi, lebih baik saya berhenti dari menggunakannya terus. 
"Tak tahu nak cakap sama ada produk ini betul ke produk timbang kilo atau rebranding, mungkin juga kulit saya tidak sesuai dengan produk ini,"tulisnya yang turut menafikan produk yang dijualnya ini adalah produk tiruan. 
"Tak, saya tak jual yang tiruan dan ini memang yang original. Ini pun dah tergaru-garu muka ketika menaip," tulisnya.
Sementara itu, semakan di beberapa laman Facebook yang dipercayai mewakili jenama produk berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan bekas penggunanya itu. 
Difahamkan, produk itu juga terkandung dalam sistem Sistem Pendaftaran Produk dan Perlesenan, NPRA.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa memastikan produk yang dibeli atau digunakan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semakan produk boleh dibuat di laman Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).


Sumber 'Ingatkan kurang minum air dan cuaca panas, lama kelamaan timbul bintik halus, gatal dan kulit mengelupas'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uliu6E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.