Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Satu Penganiayaan Besar Terhadap Saya" - Izreen Azminda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Satu Penganiayaan Besar Terhadap Saya" - Izreen Azminda

Dramatis Izreen Azminda, 33, menganggap kewujudan akaun Instagram palsu menggunakan namanya, @therealizreenazminda sebagai satu penganiayaan besar sekaligus cuba menutup periuk nasinya.

Lapor BH online, Izreen mengaku terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu yang berniat jahat apabila beberapa status mengelirukan dimuat naik sejak 5 Mac lalu menerusi akaun palsu tersebut.

Paling mengecewakan menerusi status yang menyatakan dia bakal meninggalkan kerjaya seni kerana tidak mahu lagi dihimpit kontroversi sejak memilih untuk hidup bermadu.

"Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya.

"Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu," katanya.

Izreen berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu mengundurkan diri daripada dunia seni seperti yang ditulis dalam akaun palsu itu.

Akaun palsu yang menggunakan nama Izreen Azminda yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Akaun palsu yang menggunakan nama Izreen Azminda yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.

"Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada," katanya.

Izreen berkata, ketika ini, dia memilih untuk menutup akaun laman sosialnya bagi mengelak daripada berterusan dihimpit kontroversi.

November tahun lalu, kontroversi tercetus apabila Izreen mendedahkan berkahwin dengan pemuzik bebas dikenali sebagai Ude secara tertutup pada 8 Ogos lalu. Pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.

Semalam, Ude melafazkan cerai terhadap bekas isterinya pertamanya, Intan Liana Saleh. Hasil perkahwinan selama lima tahun, pasangan itu dikurniakan dua cahaya.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.



Sumber "Satu Penganiayaan Besar Terhadap Saya" - Izreen Azminda

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uivSZf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.