Melompat Nampak Ular Bawah Sinki
Lelaki nyaris dipatuk ular tedung selar ketika memasak di dapur rumahnya di Kampung Tambalugu, Tamparuli, Tuaran, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Christopher Bernard, 39, melompat ke belakang dan berlari menjauhkan diri sebaik menyedari kehadiran reptilia berkenaan.
"Ketika sedang memasak, saya berasa ada sesuatu menjalar berhampiran kaki dan sebaik melihat ke lantai, saya terkejut apabila mendapati ular menjalar ke bawah sinki.
"Saya segera menutup api sebelum melompat dan berlari ke arah ruang tamu untuk memaklumkan kepada ahli keluarga lain," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, ular berkenaan cuba mematuknya ketika melompat tetapi hanya terkena seluar panjang yang dipakainya.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu, empat anggota diketuai Ketua Skuad, Jennysen Moidin bergegas ke lokasi.
"Sebaik tiba, pihak APM mendapati ular tedung selar berukuran tiga meter panjang dengan berat lima kilogram berada di belakang almari di dapur di rumah pengadu.
"Anggota APM segera menangkap reptilia itu menggunakan pencangkuk dan penyepit manakala operasi selesai sepenuhnya pada 1.58 tengah hari," katanya.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pzJk6i
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment