Hi! Welcome Back and Stay Tune! penuntut kolej disangka hilang rupanya dalam lokap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

penuntut kolej disangka hilang rupanya dalam lokap

penuntut kolej disangka hilang rupanya dalam lokap|Misteri  kehilangan penuntut kolej swasta selepas keluar dari rumah sewa di pangsapuri di Seksyen 16, Shah Alam, Khamis lalu, terjawab apabila ditemui dalam tahanan pihak polis untuk pemeriksaan dalam satu operasi di restoran di Bandar Baru Klang.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, Mohammad Hafiz Ismail, 24, dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam bersama seorang rakan.

Menurut ibu mangsa, Noorliah Kasbulah, 48, dia dimaklumkan oleh rakan anaknya yang menemui kereta milik Muhammad Hafiz berhampiran restoran di Bandar Baru Klang kira-kira 2 petang, semalam.

Katanya, sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu, dia bergegas ke lokasi terbabit, namun anaknya tidak berada di dalam kenderaan berkenaan.

“Kami kemudian pergi ke restoran berhampiran untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

“Berdasarkan rakaman itu, Muhammad Hafiz dilihat berada di restoran terbabit sedang makan bersama rakannya sebelum premis berkenaan diserbu pihak berkuasa.

“Dia (Muhammad Hafiz) dan rakannya turut ditahan dalam operasi itu sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noorliah berkata, sebaik melihat rakaman itu, dia membuat pemeriksaan di balai polis berhampiran sebelum dimaklumkan anaknya berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara selepas serbuan berkenaan.

“Saya kemudian pergi ke IPD Klang Utara untuk memastikan sama ada benar Muhammad Hafiz berada di sana.

“Polis membebaskannya selepas ujian saringan air kencing dilakukan didapati negatif kira-kira 7 malam tadi,” katanya yang sudah menarik laporan polis dibuat.

Katanya, dia bersyukur anak lelakinya itu dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu memberikan maklumat sepanjang tempoh kehilangan Muhammad Hafiz.

The post penuntut kolej disangka hilang rupanya dalam lokap appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pBiaf0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.