TIDAK SEPERTI LEE KUAN YEW , PM MALAYSIA TAK WARISKAN KEPIMPINAN BERINTEGRITI
‘SAYA BERSAMA DENGAN RAHIM NOOR”
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad telah cuba berlaku adil terhadap timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau sendiri menyiasat kes skandal timbalannya itu dari mangsa-mangsa yang terlibat.
Saya menghormati sikap ini yang sememangnya wajar bagi seorang Perdana Menteri yang telah memberikan kepercayaan yang besar kepada orang yang diangkatnya sendiri tetapi saya minta maaf kepada beliau untuk tidak bersetuju jika beliau menganggap pihak Polis Diraja Malaysia yang mendorongkan beliau untuk bertindak “menghukum” Anwar atas landasan undang-undang dan politik.
Saya tahu bahawa ketiga-tiga Ketua Polis Negara Tun Haniff, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan yang masing-masing terlibat bertanggungjawab dalam siasatan kes ini adalah takut untuk memberitahu kepada Tun Mahathir malah mereka dimarahi kerana dianggap sebagai membuat fitnah. Maklumat ini saya dapat sendiri dari ketiga-tiga bekas KPN ini.
Memang benar dakwaan Tun Mahathir bahawa Tan Sri Rahim cuba menyembunyikan kepadanya yang beliau telah menumbuk Anwar Ibrahim tetapi Tan Sri Rahim memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat menahan kemarahannya kerana dipanggil anjing dan sebagai Ketua Polis Negara masa itu beliau merasakan bahawa ribuan polis dibawahnya juga adalah anjing.
Adalah tidak wajar untuk meletakkan pihak polis dalam keadaan bersalah atas tindakan dan hukuman terhadap Anwar Ibrahim kerana seperti juga dalam keadaan sekarang dalam soal yang melibatkan kepentingan politik dan negara kuasa terakhir adalah di tangan Perdana Menteri dan Yang DiPertuan Agung.
Dalam negara demokrasi seperti kita; Polis, Tentera dan Peguam Negara hanyalah bertindak sebagai penasihat tetapi keputusan muktamad adalah Perdana Menteri.
Kes yang terang ialah bila Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman mahu pemerintahan tentera diisytiharkan berikutan berlakunya rusuhan perkauman 13 Mei tetapi Ketua Panglima Angkatan Tentera sendiri General Ibrahim Ismail(Tun) manasihatkan “JANGAN” kerana katanya sekali kuasa diberikan kepada tentera, mereka tidak akan menyerahkannya kembali kepada rakyat .( Lihat buku Reluctant Politician Tun Dr Ismail and His Time)
Tun Mahathir tidak seharusnya menganggap dirinya melakukan kesilapan dalam tindakan terhadap Anwar Ibrahim kerana itu adalah masalah maruah dan integriti kepimpinan negara.
Saya hormati Tun Mahathir kerana mengenalinya dari awal sebagai seorang yang dilahirkan sebagai pemimpin rakyat yang amat tinggi visi dan dedikasinya. Seluruh jiwa raganya adalah untuk rakyat.
Saya khususnya berterima kasih kepadanya yang telah menyekat pemikiran komunisme saya semasa muda dan akhirnya memberikan kepercayaan yang tinggi kepada saya tetapi saya tidak dapat bersetuju dengan beliau dari awal kerana tolak ansurnya dalam soal moral, integriti dan metrialisme terutama terhadap rakan-rakan berbanding dengan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew(LKY).
Maka itu LKY meninggalkan Singapura dengan nilai-nilai moral dan integriti yang mantap dan tinggi dan Malaysia terus bergelumang dengan masalah moral, integriti dan meterialisme kepimpinan negara yang tidak boleh menjadi contoh kepada warisan negara.
– http://ift.tt/2rKKuy3
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DvVyku
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment