Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Remaja OKU Dibuli, Telefon Dan Wangnya Disamun, Dua Remaja Lelaki Positif Dadah Di Tahan Polis.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Remaja OKU Dibuli, Telefon Dan Wangnya Disamun, Dua Remaja Lelaki Positif Dadah Di Tahan Polis..



KLUANG: Dua suspek yang membuli dan mencuri telefon pintar serta beg sandang milik seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di padang permainan Taman Sri Kluang dekat sini, petang semalam, disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata hasil ujian dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka mengambil dadah jenis methamphetamine.


"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek berusia 18 tahun itu positif dadah dan polis turut menyiasat mereka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukan dadah dalam badan yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

"Kedua-dua suspek yang ditahan di rumah mereka di Taman Sri Lambak kira-kira jam 11 malam tadi itu turut disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun dan direman empat hari.


"Polis turut merampas semula sebuah telefon bimbit dipercayai mangsa samun mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, NSTP melaporkan polis menahan dua suspek yang membuli dan mencuri telefon pintar serta beg sandang milik seorang remaja OKU di padang permainan Taman Sri Kluang, tengah malam tadi.


Video selama 32 saat mengenai kejadian buli berkenaan viral di media sosial sejak mula dimuat naik malam tadi yang antara lain memaparkan seorang daripada suspek membuli remaja OKU berkenaan menggunakan sebatang kayu di taman permainan berkenaan.

VIDEO:




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tOcSSc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.