Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Sasaran mereka golongan warga emas' - PW Community - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Sasaran mereka golongan warga emas' - PW Community

Baru-baru ini, laman Facebook PW Community memuat naik mengenai sebuah perkhidmatan pusat rawatan percuma yang didakwa menipu pelanggannya yang kebanyakannya dari golongan warga emas. 
Pengendali laman berkenaan, Abe Pa berkata, maklumat yang diterimanya itu dari bekas pengurus pusat rawatan berkenaan yang mendedahkan perkhidmatan itu merupakan satu penipuan terancang. 
"Kami dapat info ini sudah lama, tetapi asyik tangguh nak publish sebab ada isu lain menjelma. Maklumat ini dikongsi oleh bekas pengurusnya. 
"Sasaran mereka ialah golongan warga emas. Pusat 'rawatan' sengaja dibuka di tingkat dua supaya warga tua yang uzur berdepan dengan kepayahan ketika menaiki tangga. Jadi, bila berulang-alik banyak kali untuk mendapatkan 'rawatan' percuma, maka terlintas dalam fikir dari asyik panjat tangga, baik beli sebiji. 
"Pusat ini juga hanya dibuka pada waktu pejabat iaitu 9 pagi hingga 5 petang dan tidak beroperasi pada hujung minggu. 
"Pada warga tua yang tidak mampu memandu sendiri, anak-anak perlu menghantar on weekly basis. Majoriti anak-anak sudah bekerja, jadi hantar parents on weekly basis mengganggu tugas kerja. 
"Akhirnya untuk mengatasi masalah menghantar parents on weekly basis, apatah lagi parents yang terpengaruh dengan pujukan jurujual, akhirnya anak-anak berpakai kongsi untuk membeli useless machine tersebut yang bernilai RM15,000. 
"Mereka juga sengaja membiarkan warga tua menunggu dalam dua jam untuk mendapatkan 'rawatan'. Tempoh menunggu yang lama juga adalah taktik licik mereka untuk menanamkan idea lebih baik beli satu dari menunggu. 
"Peserta juga diarah untuk memakai baju berwarna sama iaitu putih. Ini adalah sebahagian daripada Cult Indoctrination. Tujuannya ialah untuk mewujudkan Group Identity dan sense of belonging. Bila peserta merasakan dirinya adalah sebahagian daripada ahli kumpulan, maka akan timbul compliance (kepatuhan). Bila ada kepatuhan, maka akan jadi senang untuk jurujual memperdayakan mangsa. 
"Rawatan percuma adalah untuk mewujudkan gambaran pihak berkenaan ikhlas dalam menangani masalah warga tua. Hakikatnya bila terjual useless machine, mereka dapat untung berpuluh kali ganda," katanya.
Jelas seorang lagi pengendali laman berkenaan, Pethidine berkata, pihak terbabit juga membuat tuntutan yang tidak sepatutnya seperti boleh menyembuhkan masalah keradangan sendi, sakit tulang, slipped disc dan sebagainya, namun tiada bukti kajian yang menunjukkan keberkesanan rawatan berkenaan. 
"Ambil contoh overclaim nombor satu, boleh menyembuhkan arthritis (masalah keradangan sendi) sebab selau orang cakap pakai sembuh sakit tulang dan slipped disc apa semua. 
"Bila pesakit pakai mana-mana katil haba (tak kita yang harga seribu pun), ia akan memberi kesan kepada sistem parasymphathetic anda yang mempengaruhi saiz salur darah dan turut juga merembeskan hormon cortisol. 
"Hormon ini pula have a very potent anti inflammatory effects (anti keradangan). Sebab itulah yang sakit tulang apa semua rasa lega selepas pakai. Rasa peredaran darah lancar. 
"Tetapi kekalkah kesan itu? Tidak. Menyembuhkan penyakit? Lagilah tidak. Adakah ianya perlu keluar duit sehingga RM15,000?
"Masalahnya itu yang disogok dan dicanang kepada ayah bonda anda di kampung, makan pencen itu. Selepas itu nanti ada yang kata, 'Kesian saya tengok pakcik/makcik kena datang selalu turun naik tangga. Apa kata beli saja terus?'," katanya.
Namun, ada netizen yang tampil menafikan dakwaan PW Community di mana ibu bapa atau saudara mara mereka yang mengalami masalah kesihatan beransur baik selepas menggunakan perkhidmatan tersebut. 


PW Community tidak menafikan 'rawatan' tersebut menerima banyak testimoni positif dan sebagainya dan mempersoalkan mengapa pihak berkenaan tidak menunjukkan fakta atau hasil kajian mereka?
"Ye, ramai beri testimoni positif dan sebagainya. Itu yang dipanggil anecdotal evidence. Nak betul cakap menyembuhkan, bawa kajian atau fakta. So far, I've seen none," katanya. 


Sumber 'Sasaran mereka golongan warga emas' - PW Community

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FEbDue

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.