'Mami, beg Bell koyak suda, kawan ketawa beg Bell koyak'
Terasa sedih di hati apabila si ibu tidak dapat memenuhi permintaan anak yang mahu dibelikan beg baru berikutan beg yang sedia ada sudah terkoyak kerana membawa beban buku yang banyak. Baru saja dibeli pada bulan Januari, namun beg tersebut hanya mampu bertahan sehingga Mac.
Mujur si anak faham yang ibunya tidak mempunyai duit yang mencukupi, lalu mereka berlalu pergi. Pulang ke rumah, si anak meminta keizinan untuk mencari wang melalui inisiatifnya sendiri dan hasilnya kelak digunakan untuk membeli beg kegemarannya itu tanpa menggunakan duit ibu bapanya. Terharu si ibu mendengar hasrat anaknya itu yang memahami situasi keluarga mereka.
"MAMI, beg Bell koyak."
Aduh, sebak dada saya mendengar anak saya berkata begitu. Baru masuk Tahun Satu, memang banyak buku. Hari itu saya beli 'easybag' yang berharga RM39.90 itu. Masuk bulan Mac ini, sudah terkoyak. Terlampau banyak buku dia, kan?
Bell belum mahir membaca, tetapi dia rajin pergi sekolah. Dia sungguh bersemangat nak pergi ke sekolah, biarpun dengan begnya yang berat.
Kami pergi cari beg pada hari itu, tengok-tengok harga dulu. Bell ternampak sebuah beg berwarna merah jambu ini yang mempunyai tiga roda kiri kanan itu. Punyalah gembira dia sampai melompat-lompat dan mahu beli beg itu. Bila ditanya berapa harganya, uinahh! RM159,90.
Saya cakaplah, "Lain kalilah beli ye sayang. Mahal tu."
Mendengar kata-kata saya itu membuatkan senyuman dia terus hilang. Suara kecewa itu lagi yang paling sebak bila dengar.
"Okey mami.."
Tahan hati saja ibu-ibu kalau anak mahukan sesuatu yang terlebih dari bajet kita, kan? Kalau masa itu tengah kering, tengah bulan, kemudian duit BR1M pun belum masuk lagi, bertambah susah hati nak menolak permintaan anak.
Di masa gawat sekarang, bersyukurlah anak-anak saya sudah memahami keadaan ibu bapanya. Mujur mereka faham betapa susah orang tua mereka ke hulu hilir mencari duit.
Sampai saja di rumah, si Bell terus buka cerita tentang beg itu lagi. Maksudnya, dia betul-betul mahukan beg itu, kan?
"Mami, mahal ka tu beg?"
"Mami, beg Bell koyak suda. Kawan ketawa beg Bell koyak."
"Peduli la itu kawan ko tu. Nanti dadi gaji, dadi beli okey?"
Dia terdiam sekejap, seperti sedang berfikir. Kemudian dia berkata, "Mami, boleh Bell jadi Annabelle lagi?"
Terdiam seketika saya. "Ko mau jadi Annabelle lagi?"
"Mau, boleh ka Bell jadi Annabelle lagi?"
I'm speechless.
"Mami, nanti Bell jadi Annabelle, dapat duit boleh belikan Bell beg tiga roda?"
Uinaa! Masa itu saya rasa macam nak menangis saja. Anak perempuan saya sudah pandai fikir macam mana nak mencari duit. Terus saya pun terharu dan peluk Bell kuat-kuat. Anak sulung saya ini belum lagi berusia 7 tahun tetapi sudah pandai mahu mencari duit, sudah pandai berfikir. Tak sia-sia saya bawa Bell ke hulu hilir COD barang, ke sana sini pergi event, naik turun pergi meeting.
Alahai anak mami, thank you sebab jadi anak mami yang memahami. Mami ini tiada harta benda mau ditinggalkan untuk Bell kalau mami tiada nanti. Mami dapat bagi Bell pendedahan saja dengan dunia luar dan ajar bagaimana nak mengharungi kehidupan ini.
Masa saya sedang feeling terharu itu, Bell kata, "Nanti dadi gaji, habis duit dia beli mabuk itu. Bukan dia beli beg Bell."
Astagaaanagaraa, my Bell owh my Bell. Betul-betul sinar hidup mami. Oleh itu, 17-23 Mac ini Annabelle akan duduk di Gerai Niaga Politeknik nanti tau. Korang cari dia di gerai nombor 24. Selfie dengan Annabelle RM2.
Sesiapa yang berdekatan mahu support my daughter Rosabelle punya niat nak beli beg sekolah idamannya itu, datang saja ya. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu. Tak dapat datang tak apa, tolong Bell share post ini saja.
Bell kata, "Thank you share share share.."
Sumber 'Mami, beg Bell koyak suda, kawan ketawa beg Bell koyak'
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GyS43I
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment