Hi! Welcome Back and Stay Tune! KR1M 2.0: Rakyat Beli Barang Berjenama Pada Harga Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KR1M 2.0: Rakyat Beli Barang Berjenama Pada Harga Rendah


Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk merancakkan ekonomi rakyat disamping memudahkan rakyat berbelanja dengan harga yang lebih murah.

Ini kerana kerancakan aktiviti ekonomi di peringkat akar umbi mampu menggembangkan pertumbuhan ekonomi negara dan akan memberi pulangan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat.

Model Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 lebih terbuka dan akan membolehkan lebih ramai lagi pekedai untuk turut sama terlibat menjadi rakan kongsi KR1M 2.0 kerana model perniagaannya yang bakal melibatkan lebih ramai pihak swasta dan peniaga. 

Berbeza dengan KR1M sebelum ini, penjenamaan semula itu merupakan inisiatif meningkatkan kuasa beli rakyat dengan kerjasama strategik bersama pengilang, pengeluar dan pengedar.

Menyedari trend pembelian di pasaraya mini sudah mula meningkat, kerjasama dengan pekedai-pekedai ini akan memudahkan rakyat untuk mendapatkan penjimatan di kawasan berhampiran dengan mereka kelak.

Kerajaan menyasarkan untuk membuka sehingga 3,000 premis yang turut melibatkan peniaga-peniaga runcit, sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi yang bermula dari akar umbi kerana para peniaga kecil juga boleh mendapatkan manfaat daripada kerjasama strategik ini.

Model baharu KR1M 2.0 ini akan membolehkan rakyat membeli barangan berjenama seperti di pasaran pada harga yang lebih rendah sekaligus meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat.

Kewujudan KR1M merupakan salah satu usaha kerajaan BN menangani isu bebanan kos sara hidup dan kini terpulang kepada rakyat untuk memilih cara hidup kerana kerajaan sudah bertindak sewajarnya.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DxrLaU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.