Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakar ular bomba maut akibat bisa tedung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakar ular bomba maut akibat bisa tedung



KUANTAN: Anggota bomba, Abu Zarin Hussin yang terkenal dengan kemahiran menjinak dan menangkap ular, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh tengah malam tadi.

Abu Zarin,33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di Bukit Angin disahkan meninggal dunia pada jam 12.54 tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, ketika mengesahkan perkara itu, berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan untuk dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Abu Zarin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAS selepas dipatuk ular tedung dalam satu operasi di Bentong dan dia dilaporkan menunjukkan perkembangan positif apabila mulai sedar pada tengah hari Selasa lalu.

Abu Zarin sudah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan pernah berkhidmat di BBP Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.

Beliau mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Sepanjang kerjayanya, Abu Zarin pernah beberapa kali dipatuk ular senduk dan digigit ular sawa, malah pernah koma dua hari akibat dipatuk ular tedung pada 2015.-BHOnline

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HCAQ4D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.