Hi! Welcome Back and Stay Tune! Datuk Seri Maut Lemas Di Kuantan. Al Fatihah. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Datuk Seri Maut Lemas Di Kuantan. Al Fatihah.

Datuk Seri Maut Lemas Di Kuantan. Al Fatihah. | Saya Luv Islam – Seorang Datuk Seri maut lemas di Kuantan. Baca selanjutnya. Al Fatihah.

SAMPAN TERBALIK

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemui lemas selepas sampan yang dinaiki bersama anak saudaranya terbalik kira-kira tiga kilometer dari Pantai Sungai Ular di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, anak saudaranya terselamat dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul, berkata mangsa yang dikenali sebagai Datuk Seri Seikh Muhammad Seikh Sadaruddin, 60, ditemui berdekatan dengan tempat sampan berkenaan terbalik.

“Bomba mendapat panggilan kecemasan daripada orang ramai kira-kira jam 9.53 malam sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng bergegas ke tempat kejadian.

KEJADIAN BERLAKU 3KM DARI PANTAI

“Kita mendapat panggilan memaklumkan terdapat sampan terbalik kira-kira tiga kilometer dari pesisir pantai,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : Saya Luv Islam via Berita Harian

ANDA JUGA MUNGKIN INGIN BACA NI..

Kanak-kanak Terperangkap Sejam Di Dalam Kenderaan | Sepasang suami isteri di Taman Chin Lee di sini, berdepan detik cemas apabila anak perempuan mereka berusia setahun enam bulan terperangkap di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda milik keluarga itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 tengah hari, ibu bapa kanak-kanak itu dipercayai tidak menyedari mangsa terperangkap hampir sejam di dalam kenderaan terbabit sehingga agak lemah kerana sesak nafas dan kepanasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit, berkata kejadian hanya disedari ahli keluarga apabila mendapati kanak-kanak itu tiada di dalam rumah dan segera mencarinya di sekitar kediaman.

“Kita tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu, tanpa disedari ibu bapanya, bermain di dalam kenderaan berkenaan sebelum terkunci.

“Difahamkan, mereka terkejut apabila mendapati mangsa berada di dalam kenderaan itu lalu cuba mengeluarkannya tetapi gagal,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, pasangan terbabit segera menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati kanak-kanak itu sedang menangis dipercayai sesak nafas dan kepanasan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 30 minit sebelum diberi rawatan kecemasan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Berita Harian

The post Datuk Seri Maut Lemas Di Kuantan. Al Fatihah. appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tIHunR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.