Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Beli Starbucks Tambah Kacang. Kunyah-Kunyah Ingatkan Kacang. Rupa-Rupanya Gel Silika," Pelanggan Tertelan Gel Silika Yang Dikisar Dalam Minuman.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Beli Starbucks Tambah Kacang. Kunyah-Kunyah Ingatkan Kacang. Rupa-Rupanya Gel Silika," Pelanggan Tertelan Gel Silika Yang Dikisar Dalam Minuman..



"Beli Starbucks tambah kacang. Kunyah-kunyah ingatkan kacang. Rupa-rupanya gel silika," demikian tweet Sharil Bharin yang berkongsi mengenai nasib malang yang menimpa rakannya baru-baru ini. 


Tweet yang dimuat naik berserta dengan gambar-gambar perbualan Sharil dengan rakannya itu menimbulkan persoalan netizen, bagaimana insiden itu boleh berlaku. 



Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp, mangsa, Hanis, hanya menyedari kejadian yang menimpanya apabila dia mendapati terdapat benda asing dalam minuman tersebut. 

"Saya beli minuman Starbucks tadi. Tambah kacang di depan sekali, blend sekali. Saya terasa macam tergigit batu kecil, ingatkan kacang. 


"Kemudian terasa plastik kecil, ingatkan cebisan plastik kacang itu tercicir. Sekali bila dah habis, saya buka cawan dan terjumpa benda ini," katanya sambil menunjukkan gambar bungkusan plastik gel silika yang sebahagiannya telah hancur dikisar bersama dengan minuman yang dipesannya itu. 

Ekoran kejadian itu, Hanis segera pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan, namun dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut. 




Hanis berkata dia dicucuk sebanyak tiga kali (1 ambil darah, 2 masukkan ubat) dan menyatakan doktor menyarankan dia viralkan kejadian itu di media sosial.


Di Instastory, Hanis turut berkongsi beberapa simptom dan kesan jika termakan gel silika dan Hanis mengatakan dia juga sedang mengalami beberapa simptom tersebut. 


"Seseorang yang tertelan gel silika akan mengalami mata kering, iritasi, radang tekak, selaput lendir serta rongga hidung menjadi kering dan sakit perut. Selain itu, ia boleh menyebab pesakit itu terasa mual, sembelit atau muntah..." 

Difahamkan, pihak Starbucks Malaysia juga telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan akan menghubungi Hanis serta mengambil tindakan awal berhubung kejadian itu. 




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pgclmv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.