Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembuli OKU positif dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembuli OKU positif dadah

KUALA LUMPUR: Dua suspek buli dan curi membabitkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di padang permainan Taman Sri Kluang, petang semalam disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, hasil ujian dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka mengambil dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek yang ditahan di rumah mereka di Taman Sri Lambak kira-kira jam 11 malam tadi itu disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun dan kini direman empat hari.

“Polis turut merampas semula sebuah telefon bimbit, wang tunai RM20 dan beg sandang dipercayai milik remaja OKU berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Video berdurasi 32 saat mengenai kejadian buli berkenaan viral di media sosial antara lain menunjukkan seorang daripada suspek membuli remaja OKU berkenaan menggunakan sebatang kayu di taman permainan berkenaan.

Sumber : 
– http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembuli-oku-positif-dadah-170470



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GwYCQk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.