Cip Apple A12 Berasaskan 7nm Untuk iPhone Dilaporkan Telah Dimulakan Pengeluaran
Apple merupakan salah satu pengeluar peranti yang hadir dengan rekaan cip pemprosesan tersendiri supaya dapat mengintegrasikannya dan mengoptimasikannya dengan lebih baik bersama sistem operasi mereka. Terkini, untuk tahun ini Apple dijangka hadir dengan Apple A12 untuk iPhone baru.
Bercakap mengenainya, Bloomberg kini melaporkan yang mana TSMC telah pun memulakan pengeluaran untuk cip pemprosesan berkenaan.
Cip berkenaan dilaporkan akan menggunakan rekaan pemprosesan 7-nanometer – sekaligus membawa penggunaan tenaga yang lebih efisyen, selain menawarkan kuasa pemprosesan berkuasa.
Buat masa ini, cip pemprosesan lain seperti Snapdragon dan Exynos masih menggunakan rekaan 10nm, dan langkah Apple ini akan membuatkan mereka antara yang terawal menggunakan cip rekaan 7nm pada telefon pintar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Lp9TEf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment