Dua peguam Najib tarik diri
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M. Athimulan menarik diri dari mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Keputusan menarik diri itu dibuat selepas Najib berhasrat menggunakan khidmat bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakan guamnya.
Harpal Singh berkata, mereka tidak dipecat, tetapi menarik diri.
"Kami menarik diri selepas perbincangan pada malam tadi,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Harpal dan Athimulan dikatakan meninggalkan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta di sini kira-kira jam 10.40 malam tanpa menjawab sebarang soalan media.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GEgIyj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment