Sony Kini Penerbit Muzik Terbesar Dunia Selepas Mengambil Alih EMI
Beberapa tahun yang lalu industri muzik mengalami zaman gelap kerana jualan album yang jatuh dengan teruk. Masalah cetak rompak MP3 menyumbang kepada masalah ini serta generasi baru yang tidak gemar membeli album. Tahun lalu pemulihan industri mula kelihatan dan antara sebab kebangkitannya semula adalah kerana perkembangan perkhidmatan penstriman muzik yang menyumbang kepada 43% keuntungan.
Penerbit dengan pegangan terbesar akan mengaut keuntungan yang dijangka meningkat ini. Sony kini memegang gelaran sebagai penerbit muzik terbesar di dunia setelah mengambil alih 60% saham di dalam EMI Music Publishing yang sebelum ini dipegang oleh Mubadala Investment Company. Mereka kini memegang 90% saham di dalam EMI Music Publishing. Nilai pembelian saham ini adalah sekitar $2.3 bilion (~RM 9.1 bilion).
Dengan pengambilalihan ini Sony memegang hak penerbitan lebih 2 bilion lagu dari artis ternama The Beatles, Queen, Kanye West, Drake dan Sia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2x3yQCl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment