Ketuhar Lemang
Lemang antara makanan tradisional orang Melayu dihasilkan daripada pulut, santan dan garam yang dimasukkan dalam buluh kemudian dibakar menggunakan kayu api. Biasanya apabila tiba musim perayaan Aidilfitri atau Aidiladha, lemang menjadi juadah wajib dan tanpanya, hidangan di meja terasa ada kekurangannya.
Dulu kita menggunakan kaedah tradisional kayu api untuk membakar lemang yang memakan masa hingga beberapa jam untuk dimasak. PULUT susu digunakan untuk memasak lemang. Kini, dengan adanya teknologi baru lemang boleh dimasak pada bila-bila masa dan bukan hanya menunggu musim perayaan untuk menikmati hidangan berkenaan.
Bagi Abdul Razak Ahmad, 53, idea bagi mencipta ‘ketuhar lemang’ ini sejak beberapa tahun lalu tercetus selepas bekerja sebagai tukang baiki barangan elektrik. Beliau berkata, idea mencipta ketuhar lemang daripada keluli tahan karat itu bagi membantu mereka yang menjual lemang secara komersial atau katering.
“Apa yang menarik ketuhar lemang ini menjimatkan masa dan tenaga apabila proses memasak lemang mengambil masa satu setengah jam berbanding kaedah membakar menggunakan kayu api.
Malah, buluh lemang ini boleh digunakan sebanyak dua kali untuk dimasak dalam ketuhar lemang sekali gus dapat menjimatkan kos.
“Suhu ketuhar mencecah 200 hingga 250 darjah Celsius apabila mereka boleh membuat kerja lain dan tidak perlu menunggu atau membalik-balikkan lemang berkenaan.
“Biarkan dia statik dalam ketuhar ini hingga masak kerana teknologi ini dihasilkan untuk memudahkan pengguna. Biasanya, satu tong gas boleh memasak kira-kira 200 batang lemang,” katanya yang ditemui di Bandar Mahkota Cheras, Selangor, baru-baru ini.
Abdul Razak berkata, lemang yang dimasak menggunakan ketuhar lemang itu berfungsi menggantikan kayu api sebagai bahan bakar utama, selain kelebihannya memiliki ciri keselamatan dalam mengawal suhu ketika proses memasak.
“Buat permulaan, saya mengeluarkan modal sebanyak RM10,000 untuk membuat ketuhar lemang ini hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lima tahun. Ketuhar lemang ini didatangkan tiga jenis iaitu satu pintu untuk 25 dan 50 batang lemang serta ketuhar dua pintu yang boleh memasak 100 batang lemang pada satu masa.
“Biasanya menjelang raya ia mendapat permintaan tinggi, malah seperti tidak lengkap hidangan ketika Aidilfitri atau Aidiladha tanpa lemang dicicah rendang daging mahupun ayam,” katanya.
Teknologi yang memberangsangkan ini membuktikan makanan tradisional boleh dihasilkan dengan kaedah lebih moden, sekali gus dapat memperluaskan pasarannya. Namun, apa yang lebih penting ialah ia membantu mengurangkan kerumitan tanpa menghilangkan keenakan rasanya.
Menurutnya, jika sebelum ini, ramai yang tidak yakin untuk memodenkan penghasilan makanan tradisional kerana bimbang keaslian rasa akan hilang. “Namun, penemuan itu dapat menepis segala tanggapan lapuk yang secara tidak langsung mengongkong pemasaran makanan tradisional ke peringkat lebih luas lagi.
“Kami turut menganjurkan kursus memasak lemang secara percuma kepada mereka yang berminat,” katanya yang turut menjual lemang siap diproses dengan harga RM10 dan RM15 sebatang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2khQb0P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment