Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Dan LG Melancarkan Skrin OLED Dengan Kepadatan Pixel 1443 PPI Untuk Kegunaan Peranti Realiti Maya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Dan LG Melancarkan Skrin OLED Dengan Kepadatan Pixel 1443 PPI Untuk Kegunaan Peranti Realiti Maya

Di acara Display Week yang berlangsung hari ini, Google dan LG akhirnya memperlihatkan skrin OLED yang dibangunkan oleh mereka khusus untuk kegunaan peranti realiti maya dan realiti gabungan. Skrin OLED ini hanya sebesar 4.3″ tetapi menyokong resolusi 4800×3440 pixel sekaligus memberikannya kepada pixel 1443PPI. Ini ialah skrin dengan kepadatan pixel paling tinggi yang pernah dihasilkan.

Selain memberikan paparan yang paling hidup, ia turut mempunyai kadar segar semula 120Hz. Sebagai perbandingan skrin HTC Vive Pro ialah sebesar 3.5″ (1440×1600 pixel ) dengan kepadatan pixel  615 PPI  dan kadar segar semula 90Hz. Skrin 4K Sony Xperia XZ2 Premium pula hanya mempunyai kepadatan pixel 807 PPI.

Skrin ini  juga memberikan sudut pandangan 120 darjah mendatar dan 96 darjah menegak. Pihak Google dan LG tidak mengumumkan bilakah skrin OLED beresolusi tinggi mereka ini akan digunakan pada produk sebenar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s0Bp34

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.