Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus 6 Menerima Kemaskini Pertama Bagi Menyembunyikan Takuk Pada Skrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus 6 Menerima Kemaskini Pertama Bagi Menyembunyikan Takuk Pada Skrin

OnePlus 6 telah dilancarkan pada minggu lepas. Ia membawa rekaan skrin bertakuk, sokongan kalis air, cip pemproses Snapdragon 845 dan menjalankan Oxygen OS yang telah dioptimasikan. Seperti Huawei P20/P20 Pro, OnePlus turut mempunyai fungsi menyembunyikan takuk jika pengguna berasa rimas. Akan tetapi fungsi itu tidak disertakan pada hari pelancaran peranti.

Pagi tadi, OnePlus mula memberi kemaskini pertama untuk OnePlus 6 dengan fungsi “Hide Notch”. Selain itu, tampalan sekuriti bulan Mei, pengaktifan rakaman gerak perlahan, quick capture dalam mod potret, aplikasi OnePlus Switch untuk menyandar fail dan mengembalikan dan juga kemaskini aplikasi galeri juga terdapat dalam kemaskini ini. Versi kemaskini ini adalah Oxygen OS 5.1.3.

Seperti yang dijanjikan pihak OnePlus, Oxygen OS adalah sistem operasi Android asli dengan banyak ciri/fungsi tambahan serta boleh menerima kemaskini yang pantas. Beberapa pengguna di forum OnePlus yang baru sahaja menerima OnePlus 6 mereka semalam kini semakin gembira.

Di Malaysia, OnePlus 6 akan hadir pada bulan Jun. Namun harga rasmi tanpa GST masih lagi belum diketahui. Jika harganya lebih murah berbanding harga yang kami laporkan sebelum ini, adakah anda akan memilikinya? Saya mungkin akan memilikinya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IH2ZZx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.