Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah Isi Peti Besi Berusia 20 Tahun Yang Berjaya Dibuka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah Isi Peti Besi Berusia 20 Tahun Yang Berjaya Dibuka

Inilah Isi Peti Besi Berusia 20 Tahun Yang Berjaya Dibuka. SHAH ALAM - Peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, yang berjaya dibuka tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.


Inilah Isi Peti Besi Berusia 20 Tahun Yang Berjaya Dibuka


Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang,” katanya.

Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Jurucakap itu seterusnya berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya merupakan sebahagian daripada rumah berkenaan.

“Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi di kediaman peribadi Najib di Taman Duta itu selepas dikatakan kunci tersebut sudah lama hilang.

Penggeledahan di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu, serta lima lagi lokasi lain, adalah sebahagian daripada siasatan kes penyelewengan dana, syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (IMDB). - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IIWFRb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.