Pemproses MediaTek Helio P22 Dilancarkan Menggunakan Teknologi 12nm FinFET
Pemproses MediaTek sering kali digunakan oleh pengeluar yang ingin mengurangkan kos peranti. Ia pernah suatu ketika dahulu dipandang rendah tetapi sejak kebelakangan ini menghasilkan beberapa pemproses kelas pertengahan yang mengimbangi kos dan kuasa memproses. Hari ini pemproses MediaTek Helio P22 dilancarkan secara rasmi dan adalah sebuah lagi pemproses kelas pertengahan.
Ia dilengkapi lapan teras Cortex A53 pada kelajuan 2.0 GHz dan adalah yang kedua dari MediaTek selepas Helio P60 yang menggunakan teknologi 12nm FinFET. Cip grafik yang digunakan adalah IMG PowerVR GE8320 yang menyokong resolusi skrin sehingga 1600 x 720 pixel. Kemampuan kamera pula ialah sehingga 21-Megapixel atau dwi-kamera 13+8 Megapixel. Sokongan rangkaian pula ialah Cat-4 dan Cat-7 DL / Cat-13 UL.
Dwi-SIM turut disokong dengan sambungan dwi-LTE secara serentak. Selain daripada ia turut menyokong Bluetooth 5.0, radio FM, VOLTE dan GPS (Beidou, Galileo, Glonass). Penghasilan cip sudahpun dimulakan oleh MediaTek.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LlTJeV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment