Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kita Perlukan Kestabilan Bukan Ketidak Tentuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kita Perlukan Kestabilan Bukan Ketidak Tentuan



Sepanjang minggu lalu, antara perkara yang menjadi bualan hangat buat rakyat Malaysia adalah, tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan kira-kira 17 ribu orang pekerja berstatus kontrak yang berkhidmat di dalam sektor awam di saat umat Islam di negara ini sedang dalam persiapan menyambut bulan Ramadhan.

Tidak dinafikan, kerajaan berhak untuk berbuat demikian memandangkan status mereka adalah pekerja kontrak yang mana ada diantara mereka kontraknya akan tamat menjelang hujung bulan ini. Namun, bagi Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong, beliau lebih memikirkan nasib pekerja yang sudah kehilangan kerja disaat Hari Raya Aidilfitri kian menghampiri.

Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan semula tindakan ini yang beliau anggap, mungkin bakal menimbulkan keadaan bercelaru bagi majoriti mereka yang kehilangan kerja secara tiba-tiba.

Ujar beliau, dalam keadaan sekarang, keseluruhan rakyat Malaysia sedang menunggu sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan bukannya mencetuskan pelbagai persoalan sehingga menimbulkan kecelaruan.

Tambah beliau lagi, pastinya bagi mereka yang kehilangan kerja sekarang akan berasa lebih tekanan disaat Hari Raya Aidilfitri semakin tiba. Walau bagaimanapun, beliau menghormati apa sahaja keputusan Perdana Menteri sekiranya pemecatan ini dirasakan perlu dilakukan oleh kerajaan.

Mungkin benar seperti apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong. Mungkin pemecatan ni perlu dilakukan selepas musim perayaan. Atau, mungkin ada satu langkah positif bagi membantu mereka yang kehilangan kerja ini mampu untuk memulakan semula kehidupan mereka dengan bantuan kerajaan.

Walaupun jawatan mereka ini diberitakan bersifat sokongan dan kontrak, namun, majoriti daripada pekerja ini mempunyai keluarga untuk disara. Disaat musim perayaan yang hampir tiba, amat sukar untuk mereka merangka persiapan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan pastinya, ramai yang merenung masa hadapan, adakah mereka bakal mendapat kerja lagi selepas ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s3MpMc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.