Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Pegawai Khas 1IMDB Kepada Najib Direman Tujuh Hari.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Pegawai Khas 1IMDB Kepada Najib Direman Tujuh Hari..

Bekas pegawai khas kepada Najib dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes berkaitan 1MDB hari ini. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysian Development Bhd (1MDB).

Perintah tahanan reman terhadap 'Datuk' itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira 9.15 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren dengan tangan bergari.

Sebelum ini, lelaki berumur 42 tahun itu dipanggil untuk diambil keterangan sebelum ditahan kira-kira 9.45 malam di ibu pejabat SPRM semalam.


Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (Khazanah) sebelum bekerja dengan Najib sejak 2009. Beliau meletakkan jawatan pada 5 Jun lepas.

Sumber: BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2N2gplc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.