Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Boon Chye tolak lantikan Timbalan Menteri Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Boon Chye tolak lantikan Timbalan Menteri Kesihatan

Dr Boon Chye tolak lantikan Timbalan Menteri Kesihatan
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Kali ini berbeza situasinya, apabila Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye menolak tawaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menempatkannya di posisi Timbalan Menteri Kesihatan.

Dr Boon Chye, 58, yang juga Ahli Parlimen Gopeng menolak tawaran perdana menteri itu kerana mahu meneruskan kariernya sebagai pakar bedah jantung.
Beliau mengakui menerima panggilan daripada Dr Mahathir berhubung lantikan berkenaan namun berhasrat ingin meneruskan kerjanya sebagai pakar bedah jantung di KPJ Ipoh Specaialist Hospital.

"Pembantu perdana menteri hubungi saya, dan saya dengar suaranya, 'Mahathir di sini'.
"Katanya, beliau membuat keputusan untuk melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. Saya berterima kasih atas tawaran itu, tetapi saya mahu terus menjadi pakar bedah jantung," katanya memetik laporan Sin Chew Daily.

Boon Chye, menyatakan, keputusan beliau itu turut disokong oleh isterinya.
Ketika ditanya berkenaan namanya yang masih tertera di senarai Kabinet yang tular, beliau hanya akan mengulas sebaik sahaja menerima surat lantikan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri.

Dr Boon Chye ialah pelajar perubatan Universiti Malaya pada 1980 sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Edinburgh di United Kingdom.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yKkRlJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.