Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Konon 'Prank' Tolak Rakan Masuk Dalam Kolam Sempena Sambut Hari Jadi, Tapi Akhirnya Berakhir Tragis Apabila Lelaki Ditemui Mati Lemas Di Dasar Kolam.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Konon 'Prank' Tolak Rakan Masuk Dalam Kolam Sempena Sambut Hari Jadi, Tapi Akhirnya Berakhir Tragis Apabila Lelaki Ditemui Mati Lemas Di Dasar Kolam..


CONNECTICUT – Kemeriahan pesta sambutan hari lahir seorang lelaki berakhir tragis apabila ditemui lemas didalam kolam renang.

Michelet Mongerard disahkan meninggal dunia setelah lemas didalam kolam renang kediamannya yang terletak di Greenfield Road di Glenbrook Ahad lalu ketika meraikan hari lahirnya yang ke-32.


Mongerard dikatakan telah ditarik oleh sepupunya ke dalam kolam bertujuan untuk bergurau sebelum mangsa lemas dan tenggelam ke dasar kolam.


Sepupu mangsa ada memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) sementara menunggu bantuan pihak medik yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Stamford.

Pihak berkuasa mengesahkan Mongerard tidak dapat diselamatkan dan meninggal di hospital sejurus selepas itu.

Pihak polis percaya kematian Mongerard tidak disengajakan kerana pihak keluarga dan sahabat yang berada di tempat kejadian berkata Mongerard boleh berenang dan tidak mabuk ketika itu.


Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan luka kecil di bahagian kepala mangsa, namun tidak dapat kepastian sama ada mangsa tergelincir dan terhantuk sebelum terjatuh ke dalam kolam dan mereka masih menyiasat punca kematian sebenar.

Walau bagaimanapun, pihak perubatan mengklarifikasikan kematian sebagai tidak disengajakan dan pihak berkuasa masih menunggu hasil keputusan toksikologi yang mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.


Saudara mara dan sahabat Mongerard juga ada membuat posting di akaun Facebook masing-masing sebagai tanda kehilangan mereka kepada Mongerard.

‘Sungguh menyedihkan anda telah meninggalkan kami sebelum dapat melihat kegembiraan dalam suara anda dan tiba-tiba anda pergi, tahu bahawa anda seorang ‘Hero’, kami akan sentiasa ingat anda, semoga kita bertemu suatu hari nnt di Syurga, sahabat,’ tulis salah seorang kenalan.



Sumber : Daily Mail


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yONBK9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.