Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-Gara Tak Tahan Dihina Tidak Pandai Memasak, Wanita Tekad Letak Racun Dalam Kuah Dal Beri Suami, Mertua Dan Ipar Duai Makan Hingga Maut.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-Gara Tak Tahan Dihina Tidak Pandai Memasak, Wanita Tekad Letak Racun Dalam Kuah Dal Beri Suami, Mertua Dan Ipar Duai Makan Hingga Maut..



GARA-gara tidak tahan dihina kerana tidak pandai memasak, seorang wanita di India didakwa membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis masuk rumah baru.

Kejadian dipercayai berlaku di Mahad dalam daerah Raigad pada 18 Jun lalu.

Polis berkata, tertuduh, Pradnya Survase dari Khalapur, berniat membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang biras kerana mereka sering mengejek kemahiran memasaknya.


Survase didakwa mencampurkan racun ular ke dalam kuah dal yang kemudian dihidangkan kepada tetamu.

Susulan itu 88 tetamu lain yang hadir ke majlis tersebut turut dirawat di hospital.

Image result for Pradnya Survase

Jurucakap polis Vishwajeet Kaingade memberitahu Hindustan Times bahawa tertuduh mendakwa sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.


Survasi yang bercerai dengan suami pertamanya, juga percaya saudara-mara telah merosakkan perkahwinan keduanya.

Image result for Pradnya Survase

Difahamkan, kira-kira 120 tetamu dijemput ke majlis tersebut yang diadakan bermula pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam.

Namun tetamu yang menikmati makanan pada majlis itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian.


Ujian forensik mendedahkan wujud racun perosak dalam kuah dal dan racun itu dijumpai berhampiran rumah.

Image result for Pradnya Survase

Survase didakwa atas tuduhan membunuh, konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.

Jika disabit bersalah, Survase boleh dikenakan hukuman mati.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2N3OJMQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.