Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 400,000 Peminjam PTPTN Dikeluarkan Daripada Senarai Hitam.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 400,000 Peminjam PTPTN Dikeluarkan Daripada Senarai Hitam..



KUALA LUMPUR - Sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikeluarkan daripada senarai hitam sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak 24 Mei lepas.


Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, proses ‘pemutihan’ nama peminjam itu diselesaikan sepenuhnya pada 8 Jun lepas, seminggu lebih awal dari tarikh yang dijangka iaitu pada 15 Jun lalu.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka yang dikeluarkan daripada senarai hitam berkenaan supaya terus membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing.


“Tindakan ini adalah bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu memansuhkan dasar (sekatan perjalanan itu),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Susulan langkah itu, katanya, kaunter PTPTN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ditutup sepenuhnya berkuat kuasa 1 Julai depan. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yONCxH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.