Ibu Muntah Keluar Cacing Hamil Anak Kembar
Kebersihan diri dan juga makanan yang dimakan oleh kita perlulah dijadikan prioriti utama dalam kehidupan seharian. Satu kes terjadi baru-baru ini, seorang ibu hamil dilaporkan muntah keluar cacing dan dapat dilihat gambar-gambar yang telah dikongsikan saiz cacing tersebut sudah cukup membuat orang yang melihat terasa loya.
Namun, punca terjadi perkara tersebut tidak dinyatakan, namun sama-samalah kita menasihati agar lebih berhati-hati dan tidak mengambil ringan soal kebersihan dan kesihatan.
Perkongsian dari Budak Lab yang dikongsi ribuan netizen itu turut menyebut cara bagaimana cacing ini boleh memasuki badan manusia. Baca selanjutnya:
Kes di Hospital Kubu Baru, Selangor. Pesakit Orang Asli Serendah, hamil anak kembar, muntah keluar cacing.
Spesis: Ascaris Lumbricoides
Genus: Ascaris
Filum: Nematoda
Kelas: Secernentia
Sejenis cacing bulat besar yang boleh memanjang sehingga 35 sentimeter. Prevalent seluruh dunia terutamanya tropik dan subtropika. Penyebab penyakit askariasis.
Manusia akan ingest rhabditiform larva yang akan menembusi dinding deodenum dan masuk ke dalam salur darah. Dari situ ia akan membesar dan dibawa ke hati dan jantung, memasuki pulmonary circulation di mana akan ke alveoli, ia akan membesar lagi dan masuk ke organ penafasan menyebabkan pesakit muntah atau telan balik. Proses memasuki deodenum akan bermula semula dan berulang sampai bila-bila.
Secara ringkasnya, telan telur cacing, telur tembus usus masuk salur darah. Selepas itu ronda-ronda di hati dan paru-paru. Bila dah sampai paru-paru, dia naik ke atas sikit sampai tekak, kemudian muntah dan menjangkiti orang lain atau sebahagian yang naik ke tekak turun ke usus dan ulang semula langkah pertama.
Cacing ini bertelur 200,000 telur sehari dan dalam badan cacing dewasa biasa ada 27 juta telur!
CARA DIAGNOSIS
Biasa wet mount dan boleh jumpa telur fertilise atau infertilized egg. Telur dia agak besar dan sukar nak miss.
CARA JANGKITAN
Manusia yang makan makanan yang tercemar dengan larva atau telur cacing askaris ini akan dijangkiti atau sentuhan secara langsung atau tidak langsung. Bergantung kepada jenis cacing, ada yang menjadikan ikan sebagai perumah sebelum menjangkiti manusia. Ada juga yang menjadikan daging atau siput sebagai perumah.
CARA PENCEGAHAN
Sentiasa basuh tangan dengan bersih selepas berkebun atau sebelum menyediakan makanan. Basuh makanan dengan bersih sebelum dimasak dan elak memakan makanan separuh masak jika boleh. Telur cacing musnah pada suhu tinggi, jadi masaklah makanan anda dengan sempurna.
Akhir sekali, ambil ubat cacing setiap enam bulan dan ubat cacing boleh dibeli di farmasi yang berdekatan dengan anda.
RAWATAN
Rawatan untuk semua jenis cacing jika dijangkiti adalah Albendazole. Ada dalam bentuk tablet atau cair. Juga boleh guna tetracycline. Untuk wanita hamil, boleh ambil mebendazole (dapatkan khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu).
Kredit: Ijat Tazzi dan Syad Kiran – Sumber: Facebook/Budak Lab
The post Ibu Muntah Keluar Cacing Hamil Anak Kembar appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Klb9L9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment