Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Umi Masak Banyak Dari Pagi Tadi Sebab Anak Murid Kata Nak Datang. Tapi Tak Datang-Datang." Guru Sedih Pelajar Beri Harapan Palsu... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Umi Masak Banyak Dari Pagi Tadi Sebab Anak Murid Kata Nak Datang. Tapi Tak Datang-Datang." Guru Sedih Pelajar Beri Harapan Palsu...


Hasrat seorang guru wanita menjamu murid-muridnya tidak kesampaian apabila tetamu yang ditunggu-tunggu itu tidak kunjung tiba. 

Sudahlah si guru berkenaan menyediakan juadah yang begitu banyak sekali untuk mereka, namun hampa dan kecewa bila mana tiada seorang pun yang muncul di depan pintu.

Kekesalan itu diluahkan kepada anaknya, Fatimah (@timharun) yang kemudian berkongsikan screenshot WhatsApp bersama ibunya itu, mengundang rasa simpati netizen. 


"Lain kali anak-anak murid yang beria nak datang beraya ke rumah cikgu tu, tepatilah janji korang. 

"Kesian mak aku masak banyak-banyak dari pagi nak bagi korang makan. Tapi batang hidung seorang pun tak ada! Buat cikgu sedih, berdosa juga. Ingat apa?" demikian tulis Fatimah.

Anak mana yang tidak sedih apabila melihat ibunya diperdaya oleh individu-individu yang telah berjanji untuk datang beraya sekali gus makan tengah hari. 

"Weh, anak mana tak sedih bila mak kita cakap macam ni. My heart broken. 

"15 pot eh. Aku pun tak pernah nampak mak aku masak banyak gitu. Sekolah lama mak aku tak pernah buat mak aku camni. Sekolah baru, ada nama lagi haih," tulisnya. 






Menurut Fatimah, ibunya memang gemar menerima kehadiran tetamu dan anak-anak muridnya telah memaklumkan mereka akan datang beraya beramai-ramai.

"Student's my mom siap kata, "Nak datang beraya makan tengah hari", mana tak my mom masak banyak gitu. 

"Diorang inform yesterday. My mom memang suka sangat ada tetamu. Kitorang akan sibuk-sibuk di dapur apa semua. Dia dah cerita-cerita anak-anak murid dia datang apa semua nak masak special. At last? 


"My mom memang suka sangat terima tetamu datang. Dia kata tetamulah orang yang akan membawa dosa-dosa kita keluar. That's why," tulisnya. 

Difahamkan, hanya seorang sahaja murid yang menghubungi ibunya untuk meminta maaf kerana tidak dapat datang.



Kredit: THEREPORTER


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yMHdTF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.