Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Ingatkan Mainan Zaman Lama." Datuk Tak Sengaja Berikan Cucu Sebutir Bom Yang Masih Aktif Untuk Bermain.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Ingatkan Mainan Zaman Lama." Datuk Tak Sengaja Berikan Cucu Sebutir Bom Yang Masih Aktif Untuk Bermain..



BEIJING – Seorang petani secara tidak sengaja memberi ha­diah sebutir bom yang dianggap sebagai ‘alat permainan’ kepada cucu lelakinya selepas ia ditemui berhampiran rumahnya baru-baru ini.

Shui Huainian berkata, dia menjalankan kerja-kerja menggemburkan tanah berhampiran rumahnya yang terletak di Huai’an, daerah Lianshui, wilayah Jiangsu dekat sini pada 19 Jun lalu.


Dia kemudian menemui sejenis logam berbentuk panjang yang di­sangka alat permainan zaman lama menyebabkannya memberi objek itu kepada cucunya tanpa mengetahui bahawa ia sebenarnya ialah sebutir bom.

“Pada mulanya, saya menyangka ia seketul batu tetapi bentuknya kelihatan seperti alat mainan kerana mempunyai sayap di belakangnya menyebabkan saya memberinya kepada cucu saya,” katanya.


Bagaimanapun, perkara itu hanya disedari selepas beberapa jiran-jirannya melihat kanak-kanak berkenaan memegang bom yang dipercayai boleh meletup pada bila-bila masa sahaja.

Mereka kemudian segera menghubungi pasukan polis yang tiba di rumah Huainian dengan pasukan pakar pemusnah bom dan menutup kawasan perkarangan rumahnya.


Pakar pemusnah bom mengesahkan ia sejenis mortar ringan dan ia berjaya dikendalikan dengan selamat, manakala Huainian dan cucunya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Agensi

Related image
Logam berbentuk panjang yang ditemui disangka alat permainan zaman lama


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tChlVp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.