Mahkamah batal hukuman mati remaja bunuh suami
KHARTOUM - SUDAN. Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati dan penjara terhadap seorang remaja yang membunuh suami kerana cuba menoda dirinya, kata seorang peguam.
Noura Hussein, 19, yang dipaksa untuk mengahwini sepupunya, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bulan lalu oleh Mahkamah Syariah negara itu kerana membunuh.
Presiden Sudan, Omar al-Bashir diminta agar mengampunkan Noura dengan alasan dia dipaksa berkahwin dan bertindak untuk mempertahankan diri.
Peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein berkata, mahkamah semalam membatalkan hukuman mati termasuk penjara lima tahun namun Noura didenda AS$20 (RM80.50).
Menurut Noura, dia ditunangkan pada usia 16 tahun tetapi menolak untuk dikahwinkan dan melarikan diri ke rumah saudaranya selama tiga tahun.
Dia kembali ke rumah keluarga di Khartoum pada April tahun ini selepas bapanya memberitahu perkahwinan itu dibatalkan tetapi ternyata dia ditipu sedangkan persiapan perkahwinan sedang dilakukan.
Selepas berkahwin, Noura menolak untuk melakukan hubungan kelamin dengan suaminya tetapi selepas enam hari berkahwin dia dinoda dengan bantuan tiga ahli keluarga lelaki.
Pada hari berikutnya, suaminya cuba menodanya lagi namun berlaku pergelutan sebelum Noura menikam suaminya hingga mati. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tK3c7U
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment